Love Bloom
Official blog

Thursday, September 13, 2012 ϟ 1 letters
Eternity [oneshot]




          "Moshimoshi? [Hello] Aya dekat stesen keretapi ni. Lagi beberapa minit Aya akan sampai. Keretapi dah sampailah. Jumpa di sana, mama." talian diputuskan. Kaki melangkah masuk dan mengambil tempat duduk yang kosong. Bagasi diletakkan di tempat yang telah disediakan. Keretapi berbunyi menandakan ia akan bergerak. Aku menebarkan pandangan di luar tingkap. Langit yang kebiruan membuatkan aku berasa tenang. Tak sabarnya nak balik.

          Tangan sibuk mencari buku nota berwarna hijau di dalam beg. Dahiku berkerut-kerut. Mana pula perginya buku ni? HAH! Jumpa akhirnya. Bibir menguntum senyuman bahagia. Satu persatu helaian muka suratku selak. Sehinggalah aku terjumpa sebuah lukisan yang terselit di dalam buku itu. Lukisan itu dibuka dengan perlahan. Jemariku menyentuh perlahan potrait itu. Cantik. Dia yang melukisnya. Tanpa disengajakan, air mataku mengalir di pipi. Kenangan lalu berlayar di kotak fikiran.

FLASHBACK

          10 Jun 2009

          Tanganku sibuk mengemas buku-buku yang berselerak di atas meja. Kelam-kabut betul aku keluar dari perputakaan. Hampir sahaja aku terjatuh ketika menuruni anak tangga. Jam di pergelangan tangan di pandang sekilas. Pukul 3.20?! Alamak, aku dah lambat. Mesti lama dia tunggu.

          Kaki terus berlari ke tempat yang dijanjikan. Kelibat dia sedang baring di atas rumput. Dia tertidur? Aku menghampirinya dengan perlahan.

          "Shin! Maaf saya lambat."kataku sambil memegang tangannya. Matanya terbuka. Sebaik sahaja melihat aku, terus dia menukar posisi baringnya ke kiri. Merajuklah tu.

          "Gomen[sorry],Shin. Awak tahukan saya sibuk mengulang kaji untuk lulus ujian terakhir. Saya tak perasan jam sudah melepasi pukul 3. Awak senanglah, tak payah belajar. Lukis sahaja, dah lulus ujian. Shin, honto ni gomenasai[I'm really sorry]. Bangunlah cepat!"laju tanganku memukul lengannya.

          Shin menukar posisinya kepada duduk. Pandangan matanya yang tajam sedikit membuatkan aku gemuruh. Kepalaku tertunduk malu. Kemudian, jarinya memegang daguku. Anak mata kami bertaut.

          "Janji tak buat lagi?" lembut suaranya sambil menatap mataku. Kepalaku mengangguk. Shin menguntum senyuman ikhlas. Aku tahu dia tidak akan marah lama dengan aku. Itu yang aku suka tentang dia. Sangat memahami dan lembut orangnya.

          Kepalaku diletakkan di bahunya. Tangan kami bertaut. Sungai kelihatan begitu tenang mengalir. Hidungku menghirup udara nyaman.

          "Shin, awak macam sungailah. Selalu sahaja ke hadapan. Saya jarang tengok awak putus asa."

          "Tapi saya tak nak jadi sungai. Saya lebih suka langit. Jadi, saya selalu tahu awak di mana."

          Aku hanya tersenyum mendengar jawapannya. Ada sahajalah Shin ni. Better guna GPS je haha lol.

          "Aya, awak happy tak?"

          Aku memandang Shin pelik. Soalan jenis apa tu? "Mestilah, saya gembira. Sangaatt gembira." sengaja aku memanjangkan perkataan sangat. Dan yang paling penting, aku maksudkannya.

          "Kenapa awak happy?"sekali lagi Shin mengutarakan soalan. Mimpi apa dia semalam tanya soalan macam ni? Shin memandang aku. Matanya seperti menyuruh aku supaya menjawab sahaja soalannya.

          Bebola mataku memandang tepat ke arah Shin. "Saya happy sebab Shin Takimoto wujud dalam hidup saya. Cinta saya padanya tidak akan pernah berhenti mengalir seperti sungai."

          Suasana menjadi senyap seketika sebelum Shin melepaskan ketawanya. Terasa seperti cintaku dipermainkan. Geram aku semakin menyelubungi diri apabila ketawanya tidak berhenti malah semakin kuat. "Nande?![why]"

          Shin berhenti ketawa apabila mendengar jeritanku. Kemudian dia tersenyum. "Nothing."ujarnya sambil menaham tawanya. Aku memandangnya pelik. Aku salah cakap ke tadi? Aku melihat jarum jam hampir melepasi nombor 5. Perut pula lapar. Lebih baik aku pergi makan daripada layan mamat sengal ni.

          Kaki mengatur langkah pergi meninggalkan Shin. Dia terpinga-pinga dengan tindakan aku. Jeritannya tidak dihiraukan. Fikir dia seorang sahaja yang boleh merajuk? Semakin lama aku semakin jauh dengan Shin. Kepalaku ditolehkan ke belakang. Hati diralit rasa kecewa. Kenapa dia tak kejar aku? Menyesal aku jawab soalan dia. Baka [idiot].

          Sedang hati merungut rasa kecewa dan marah, telinga aku menangkap bunyi kayuhan basikal. Lantas aku menoleh ke kiri. Shin sedang mengayuh basikalnya sambil tersenyum. Bibir mencebik, cuba menyembunyikan perasaan gembira.

          "Aya, awak marah dengan saya ke?"soalan itu aku jawab dengan pandangan mata tajamku. Kemudian kaki membuka langkah untuk berlari. Rambutku beralun mengikut deru angin. Aku berlari bagaikan dikejar hantu. Tetapi apakan daya, kayuhan basikal Shin lagi laju berbanding larian kaki kecilku ini.

          Shin berhenti di hadapan aku. Dia berjalan mendekati aku. Pandanganku dialihkan ke arah lain. Shin semakin dekat dengan diriku. Deruan nafasnya menguasai gegendang telingaku.

          "Aya."

          Lembut suaranya menyapa gegendang telinga. Apabila aku menoleh ke arah Shin, dahi kami bertemu. Aku sedikit tersentak. Bebola mata kami bertaut.

          "Aya, awak nak tahu kenapa saya tanya awak macam tu? Saya takut saya tak beri kebahagiaan yang awak mahukan. Saya gelakkan jawapan awak sebab saya rasa terharu. Terlalu terharu sehingga saya tergelak. Honto ni gomenasai, Aya."

          Di luar sedar, air mata mengalir membasahi pipi. Baka betul lelaki ni. Perlu ke gelak kalau terharu sekali pun? Air mata semakin membanjiri kawasan muka apabila air mata Shin juga mengalir. Aku memeluknya erat seakan ini pelukan terakhir kami. Tapak tangannya mengusap lembut rambutku sambil mengulang maafnya.

          "It's okay."

          16 Jun 2009

          Kami bersiar- siar di sekitar Ameyoko sambil melihat barangan yang dijual. Pegangan Shin semakin erat. Mulut tidak berhenti bercerita. Shin hanya setia mendengar. Sekali sekala aku melihat reaksi Shin, dia masih mendengar sambil tersenyum.

          "Kenapa berhenti? Sambunglah cerita tu."ujar Shin. Aku tersenyum mendengarnya. Fikir tadi dia sudah bosan mendengar. Kemudian mataku tertarik melihat pelbagai jenis barang kemas. Kami mendekati tempat itu.

          Mata liar mencari cincin yang sesuai untuk Shin. Sengaja aku ingin membeli lagipun kami jarang berjumpa. Tarikh ujian juga semakin hampir. Akhirnya aku mengambil keputusan untuk memilih cincin itu.

          Aku menyarungkan cincin itu ke jarinya,"Semoga cincin ini membawa tuah kepada awak.". Seronok aku melihat reaksi Shin. Kemudian dia mencari cincin lagi dan memilih untuk aku. Perlahan dia menyarungkan cincin itu ke jari manisku sebelum mengucup perlahan dahiku.

          "Daisukiyo. Sonnani.[I love you.So much.]"

          8 September 2009

          Skrin telefon ditenung bagaikan ingin menembus. Sejak dari tadi aku asyik melihat telefon bimbit. Kenapa Shin tidak membalas pesanan aku tadi? Dia tahukan aku tidak suka menunggu. Hampir satu jam aku menunggu. Rambut yang sedari tadi tersikat rapi, aku kusutkan. Badan dicampakkan ke atas katil yang empuk. Sekejap berguling ke kiri, sekejap berguling ke kanan dan begitulah seterusnya. Bosan betul hari ni.

          Mahu belajar tetapi peperiksaan sudah tamat. Kini aku hanya menunggu keputusan ujian. Tetapi ujian untuk Shin digantikan dengan kerja khusus. Katanya, dia harus melukis lukisan yang amat bermakna baginya.

          Dia terlalu sibuk rasanya. Pernah sekali itu, aku dimarahi kerana tidak mengetuk pintu. Aku main tolak sahaja pintu lunsur itu. Teruk aku dimarahi. Sejak dari haritu, aku tidak pernah datang rumahnya lagi. Tetapi aku terlalu rindukan Shin. Sikapnya juga telah berubah. Daripada seorang yang lemah lembut kepada seorang yang ganas dan panas baran. Kenapa dengan dia? Adakah dia terlalu stress?

          Segala soalanku berlegar-legar di kotak fikiran. Ligat otakku memikirkan jawapan tetapi akhirnya menemui jalan buntu. Kemudian telefon bimbitku berbunyi. Laju tangan mencapai. Senyuman yang tadinya lebar kini kendur. Ren rupanya.

          Talian aku putuskan. Malas aku mahu layan lelaki itu. Dia seperti tidak faham bahasa. Perlukah aku menggunakan kekerasan? Dia sudah tahu aku mempunyai teman lelaki tetapi dia masih berusaha untuk menjadikan aku miliknya. Telefon berbunyi sekali lagi. Aku hanya membiarkan sahaja. Tidur lagi bagus.

          14 September 2009.

          Lampu bilik dipasang. Siapa yang kacau aku tidur ni? Dari tadi berbunyi sahaja tingkap aku. Aku mendekati tingkap bilik tidur. Aku menjenguk ke bawah. Seorang lelaki. Dahiku berkerut untuk memastikan siapa dia. Ren?! Tangannya melambai ke arah aku.

          Kakiku terus berlari ke bawah. Pagar rumah di buka. Tangan Ren ditarik jauh dari rumah. Lelaki ni, aku tolak masuk gaung nanti!

          "Anata kureiji?! [are you crazy]. Kalau parents aku tahu macam mana?" Ren hanya tergelak. Terserlah lesung pipitnya. Entah macam mana marahku hilang apabila aku melihat wajahnya. Baru aku sedar, Ren handsome juga. Aku tidak pernah melihat wajahnya sedekat ini.

          "Totemo kawaii~ [so cute]"ujarnya sambil menggosok perlahan rambutku. Aku menolak tangannya dengan kasar. Bibir dicebik. Kenapa dengan lelaki ni?

          "Kalau datang sini nak sakitkan hati aku, better kau pergi." kakiku berjalan ke arah pagar rumahku. Esok sekolah pula, malam-malam buta mamat ni datang. Menyampah! Tiba-tiba, Ren menarik aku ke dalam pelukannya sebelum bibir kami bertemu.

          "Aishiteru [I love you]"

          16 September 2009

          "Let's break."

          Dunia bagaikan berhenti. Dadaku sesak menahan perit. Aku cuba menahan air mata tetapi gagal. Adakah aku salah dengar? Atau aku sedang bermimpi?

          "Shin..nande?.."itu sahaja yang aku mampu ucapkan. Itu pun dengan susah payah. Aku mendekati Shin tetapi dia menolak aku. Aku tercampak ke dinding. Sakitnya tidak dapat dibandingkan dengan kesakitan hatiku. Apa semua ni? Kenapa secara tiba-tiba?

          "Malam tu kau kiss dengan Ren kan?"macam mana dia boleh tahu? Siapa yang sebarkan cerita ni? Adakah Ren yang menjadi tukang ceritanya? Atau pun..

          "Aku ada malam tu."

          Bagaikan ditusuk pedang yang tajam matanya. Aku tak tahu nak kata apa. Bodohnya aku! Kenapa aku tidak tolak sahaja Ren?! Kenapa aku biarkan sahaja bibirku dicemari oleh lelaki yang tidak sepatutnya.

          "Baguslah. Kau dengan Ren dan aku boleh bersama dengan semua perempuan yang aku mahu. Lagipun aku dah bosan dengan kau. Aku tak perlukan kau lagi."

          Kakiku menggeletar. Aku tidak mampu untuk menghadapi semua ini. Air mata semakin laju membasahi. Aku hanya mampu melihat Shin berlalu keluar. Kenapa Shin jadi macam tu? Kenapa Shin terlalu kejam? Adakah selama ini dia hanya mempermainkan aku? Selepas semua memori yang kami ciptakan bersama, dia pergi begitu sahaja?

         10 Februari 2010

          Zaman persekolahan aku telah tamat. Aku akan menjadi pelajar Kagoshima University. Aku sudah nekad. Lupakan kenangan di sini. Lupakan Shin. Aku akan menemui pelajar baru, kami akan membuat kenangan baru. Ye semuanya baru.

          Kaki mengatur langkah ke bilik pendaftaran. Peta Kagoshima ditatap dengan teliti. Kelas aku berada di tingkat 2 tetapi di mana? Hampir setengah jam aku pusing tingkat 2 ni.

          "Aduh."

          Mata terlalu asyik mencari kelas sehingga terlanggar bahu seseorang. Laju mulutku mengucap kata maaf sambil menyusun kertasnya yang berselerak.

          "It's okay, Aya."pergerakan aku terhenti saat aku mendengar suara itu memanggil namaku. Lantas aku memandang empunya suara. Ren? Lelaki ini lagi? Aku berdiri lalu beredar dari situ. Niat ingin mencari kelas dimatikan. Biarlah aku tak masuk kelas hari ni.

          "Aya! Aya!"jeritan itu dibiarkan tidak bersahut. Langkahku semakin laju meninggalkan Ren. Aku tak ingin berjumpa sesiapa pun dari sekolah itu. Kenapa boleh jumpa dia?

          17 Februari 2010

          Sejak kejadian hari itu, Ren semakin ingin mendekati. Tak tenang aku belajar di sini. Semua tempat ada dia. Sekarang ada khabar angin mengenai kami. Satu kampus sudah tahu. Ada yang kata Ren kekasih lama dan ada yang kata aku meracuni fikiran Ren. Aku tak bersalah pun v.v

          Kaki menuju ke perhentian bas. Perhentian bas lengang ketika ini kerana masih awal pagi. Kepala mendongak ke langit. Satu sahaja dalam fikiran aku ketika memandang langit. Shin. Di luar sedar, aku melepaskan keluhan berat.

          Setahun aku cuba melupakan Shin tetapi gagal. Everything related to him. Jika aku diberi peluang untuk berjumpa dengannya, aku ingin bertanya kenapa dia tinggalkan aku. Hidupku tak tenang sejak kejadian itu. Hidupku semakin tidak tenang sejak Ren hadir kembali ke dalam hidupku. Itu membuatkan kesalahan lalu berulang kembali.

          Tak adil kalau aku tidak gembira dan dia gembira. Shin, awak harus terseksa seperti saya juga! Awak tak faham perasaan saya ketika awak tinggalkan saya. Sampai hati awak!

          "Shin, awak gembira ke?"

          "Ada apa dekat langit tu?"satu suara menyergah keheningan pagi. Aku menoleh. Seorang lelaki yang memakai snowcap duduk di bangku tidak jauh dari tempat aku. Mukanya tidak jelas kerana memakai topeng. Pelik betul fesyennya.

          "Tiada apa-apa."pandangan mataku jatuh ke peha. Malu apabila diperhatikan orang. Mesti dia fikir aku tak betul, pandang langit macam nak terbang ke sana haha. Tetiba jerit pula tu.

          "Hmm boleh saya tahu awak ni siapa?"entah kenapa soalan itu terlintas di fikiran. Lelaki itu seperti menyerupai seseorang. Lelaki itu memandang aku pelik kemudian berdiri. Matanya tajam memandang aku.

          "Jika kau mencintai seseorang dan dia meninggalkan kau, biarkan dia pergi. Jika dia pergi dan kembali, terimalah dia. Dan jika dia tidak kembali, lupakan segalanya tentang dia dan teruskan kehidupanmu."

          Lelaki itu mengorak langkah lalu pergi meninggalkan aku sendirian. Makin lama makin jauh. Aku ingin mengejarnya tetapi sekeping kertas yang berada di tempat duduk lelaki tadi menarik perhatian aku. Mataku bertakung membaca perkataan itu.

          "I was once happy, Aya"

          "Shin.."

          5 Mac 2010.

          Kaki laju mengatur langkah ke kafeteria. Kertas yang berada di dalam genggaman dipegang erat. Entah kenapa hati kecilku kuat mengatakan lelaki itu ada jawapannya. Mata semakin liar mencari jejaka berambut hitam. Itu pun lelaki tu. Nyenyak betul dia tidur. Susah betul cari lelaki ni. Tangan menghentak meja.

          "Ren, bangun!"tersentak lelaki yang berada di hadapan. Ren menggosok-gosok mata kuyunya. Kemudian dia tersengih menampakkan barisan giginya.

          "Better kau beritahu kenapa dengan Shin?"sekali lagi suara aku bergema di seluruh kafeteria. Semua mata memandang ke arah kami ada juga yang berbisik sesama sendiri.

          Ren yang tadi mamai kini mula serius. Dia menarik tanganku pergi.

               

          Ren mengunci mulut. Membiarkan kesepian terus mendekati. Aku hanya menanti penuh kesabaran. Menanti cerita yang sebenar. Kebenaran yang akan menyakitkan hati.

          "Aya."lambat-lambat Ren memulakan bicara.

          "Maafkan aku kalau aku menyusahkan kau sejak dari awal."sambungnya lagi.

          "Kenapa? Kalau kau nak cakap tentang malam tu, kau memang patut minta maaf. Kau tak tahu apa akibatnya."mahu sahaja aku katakan bahawa maafnya tidak kuterima. Dia patut minta maaf pada Shin, bukan aku.

          "Aku tahu. Tetapi ini semuanya kerana Shin. Dia yang menyuruh aku membuatkan kau jatuh cinta kepada aku."kata-kata Ren cukup membuatkan jantungku tersentak. Kenapa semua ni?

          "Mesti kau tertanya-tanya,bukan? Shin tak kejam, Aya. Dia masih lagi seperti dulu. Seorang yang lemah lembut, baik hati dan masih lagi menjadi orang yang menyayangi kau."mata Ren dipandang tepat ke anak matanya. Mencari kebenaran di matanya.

          "Cinta? Kalau cinta, dia tidak akan meninggalkan aku seperti aku orang yang paling hina. Dia tak tahu rasanya ditinggalkan seperti itu."sebak semakin menghimpit dada. Aku menggigit bibir bawah. Menahan geram di hati.

          "Dan kau tak tahu bagaimana rasanya berhenti mencintai seseorang yang amat dicintai! Apatah lagi meninggalkannya. Shin berkorban demi kau, Aya."

          Aku menoleh ke wajah Ren. Mengunci anak mata kami.

          "Apa maksud kau, dia berkorban demi aku?"

          "Shin... Dia menghidap kanser peringkat tinggi. Dia memaksa aku untuk merahsiakan semua ini terutamanya kepada kau. Sebenarnya, dia selalu ada di kampus ini. Dia terpaksa melarikan diri dari hospital semata-mata ingin melihat senyuman kau."

          Aku terkedu. Tekak terasa pedih menahan sebak di dada. Mata mula berkaca.

          "Sekarang ni bukan masanya untuk membuat lawak, Ren. Aku tahu kau tipu aku,bukan?"tangan menggoncang kasar badan Ren. Tak mungkin Shin berkorban sehingga begitu sekali.

          "Percaya atau tidak, kebenaran tidak akan pernah berubah. Pergilah jenguk dia, Aya. Lama dia tunggu kau."




          Pintu bilik ICU dikuak perlahan. Terketar-ketar bibirku menahan pedih di dada. Shin mengalihkan pandangan setelah melihat kelibat aku.

          "Baka!"

          "Kenapa awak tak beritahu saya?"ujarku sayu. Takungan air mata telah pecah. Air jernih tetap mengalir laju walaupun dikesat berkali-kali.

          "Aku tahu kau akan menangis. Lagipun, ini bukan masalah kau lagi. Pergilah, aku tak nak tengok muka kau."ayat Shin menghiris jiwa. Aku menangis bukan kerana dia tidak mahu melihat aku tetapi kerana terseksa melihat penipuannya.

          "Kalau awak tak nak lihat muka saya, kenapa pakai cincin itu lagi?"Shin menyorokkan tangan kirinya yang memakai cincin yang aku belikan.

          Aku mendekatkan diri ke katil lalu memeluknya erat. Betapa rindunya aku dengan sentuhan lembutnya, tidak dapat digambarkan menerusi kata-kata.

          "Aishiteru ne. [I love you]"air mata terus menerus jatuh dari kelopak mata. Shin menarik perlahan aku ke dalam pelukannya. Aku juga dapat merasakan air mata Shin juga jatuh. Tangannya lembut membelai rambutku.

          12 Mac 2010.

          Kini aku yang menjaga Shin. Aku juga telah berhenti dari sekolah semata-mata ingin bersama Shin. Di hospital, Pn Takimoto mengajar aku bagaimana mahu mengait sarung tangan. Shin tergelak melihat dahiku berkerut mengait sarung tangan ini.

          Shin makin banyak tersenyum sekarang. Aku suka. Senyuman dia begitu ikhlas.

          "Shin, ingat tak yang awak nak jadi langit?"kepala Shin mengangguk.

          "Kalau awak dah tiada, saya akan selalu melihat langit. Langit cerah menandakan Shin dalam mood yang baik. Dan hujan pula menunjukkan Shin sedang sedih. Kalau matahari terbenam, Shin sedang malu. Malam pula, Shin sedang peluk saya."tanganku memegang jemari Shin erat. Berat hati ini ingin melepaskan Shin pergi. Terlalu berat.

          Kemudian, jururawat masuk menandakan masa untuk memeriksa Shin. Shin melabuhkan punggung di kerusi roda. Sebelum pergi, dia memberikan sebuah kamera.

          "Cuci semua gambar ni tahu. Nanti kita jumpa lagi. Sayonara [goodbye], Aya."

          Semakin lama kelibat Shin hilang dari pandangan. Hati terasa tidak tenang. Bagaikan ada sesuatu yang akan terjadi. Tuhan, semoga semua ini hanya perasaan aku.




          "Arigatou gozaimasu [thank you]"aku mengambil semua gambar yang telah dicuci. Kaki meneruskan perjalanan ke hospital. Kemudian aku mendapat panggilan dari Minako, kakak kepada Shin.

          "Aya! Datang sini cepat! Shin sedang nazak."talian diputuskan. Langkahku semakin laju. Aku mula berlari selaju mungkin. Shin, tunggu!

          Kemudian kakiku tersadung. Gambar yang telah dicuci bertebaran di jalan. Air mata mengalir dengan deras. Tangan mengutip satu persatu gambar aku. Telefon dikeluarkan. Laju jari mendail nombor Shin. Aku menekan punat video call.Wajah Shin terpampar di skrin telefon.

          "Shin, awak bodoh! Kenapa tangkap gambar saya?! Jangan mati, kita mesti tangkap gambar bersama banyak-banyak. Awak tak boleh tinggalkan saya! Shin, jangan tutup mata. Buka cepat! Saya perlukan awak, Shin."tangan kanan memegang telefon manakala tangan kiri memegang gambar. Kaki pula laju berlari. Bagaikan tidak cukup tanah aku berlari. Tangisanku mengiringi larianku.

          Di hospital pula, Shin ingin mengatakan sesuatu tetapi alat penafasan menyukarkan. Seluruh ahli keluarga menangis. Minako yang memegang telefon Shin juga mengalirkan air mata.

          "Aya.. Aya.."

          "Ye, Shin? Katakan sesuatu."

          "Aya.. egao[smile]"

          Aku berhenti dari berlari. Lambat-lambat aku mengukirkan senyuman. Walaupun berat hati, aku cuba sedaya upaya untuk senyum selebarnya.

          Shin tersenyum sebelum menutup mata. Air matanya jatuh.

          "Pukul 6.40 petang."

          END FLASHBACK

          Lukisan terakhir Shin. Lukisan bermakna Shin. Lukisan air tangan Shin. Adalah aku. Lukisan itu dipeluk erat. Bahu terhencut-hencut mengawal sendu. Semua kenangan kami bermain di kotak fikiran. Masa begitu berharga. Aku berharap aku dapat melaluinya sekali lagi bersama Shin.

          Sekali lagi lukisan itu ditatap. Potrait aku sedang tersenyum. Teliti sungguh hasil kerja Shin. Di bawahnya terdapat ayat yang menyatakan.

          "Cinta tidak akan bermakna jika hanya meniti di bibir. Ia juga perlu dirasakan oleh hati."



Omg gila penat buat oneshot weh v.v 3 hari berturut-turut. Siapa yang baca sampai habis tu arigatou gozaimasu *bow* Aku tahu ayat aku tunggang langgang. Sorry kalau tak best.
         
« Past