Love Bloom
Official blog

My Sweet Enemy Part 28
Wednesday, August 22, 2012 ϟ 0 letters

KEY

          Hati aku gelisah sejak dari tadi. Taemin pula sudah memberi isyarat. Macam mana aku nak confess? Malulah. Macam mana kalau dia tak terima? Kemudian dia gelak kuat-kuat. Mana letak muka kalau macam tu?

          Sekali lagi Taemin memberi isyarat. Kali ini seperti mengugut. Aku mengambil nafas panjang sebelum melangkah keluar dari rumah.

          Nana sedang duduk di atas bangku sambil mendongak ke langit. Lihat bintang mungkin? Penuh berhati-hati aku mengatur langkah kemas. Aku menghembuskan nafas ke tapak tangan. Nasib wangi hehe. Rambutku juga dibetulkan. Fuh fuh kau boleh Key. Kau boleh!

          "Great party, huh?"

          Nana segera menoleh ke arah aku. Aku mengambil tempat di sebelahnya. Nana hanya mengangguk. Macam mana aku nak cakap ni? Takkan terus cakap 'I love you' . Heart attack pula Nana karang.

          Keadaan menjadi kekok dan kami hanya membisu. Aku menepuk kepala perlahan. Cepatlah Key, luahkan sahaja! Nana hanya memandang hairan. Kemudian dia berdiri.

          "Sejuklah. Aku nak masuk dalam."

          Lantas aku menarik tangan Nana. Dia menoleh. Cakap cepat! "Nana ah..."

          Nana hanya menanti sambungan ayat aku. "Aku... aku..." tanganku mengusap leher. Apa nak cakap? Otteokhe?

          "Kalau kau tak ada apa-apa nak cakap, aku akan pergi. Memain pula kau."

          "Nan saranghae [I love you], Kim Nana." akhirnya keluar juga. Mata kami bertaut. Nana seakan tidak percaya dengan ayat aku. Terkejut mungkin?

          "Mwo? [Apa]"

          "Aku cintakan kau." aku mengulang kalimah cinta itu. Bibirku tersenyum bahagia. "Kau sayangkan aku juga, kan?"

          "Aku.. aku tak tahu apa yang kau merepek dari tadi. Aku mesti pergi."Laju tangan Nana ditarik aku.

          "Kau pasti? Aku rasa telinga aku ni tak pekak sangat. Masih terngiang-ngiang ayat kau. Key, please jangan tinggalkan aku. Tsk. tsk. " Aku mengejek suara Nana sambil membuat muka sedih.

          Nana mencebik. Meletus ketawa aku. "Nana..Nana.. tak sangka kau sayang aku juga. Takpe, aku pun sayangkan kau." Pipi Nana kemerahan. Aku pula semakin galak menyakat.


NANA

          Kami kembali duduk di bangku sambil menikmati pemandangan. Aku merehatkan kepalaku di bahu Key. Malu-malu kucing pula.

          "So kau tunggu beberapa tahun?" Key bersuara. Aku hanya mengangguk. Aku rindu keadaan ini. Rindu untuk dekat dengan Key.

          "Nana, aku ada sesuatu nak cakap."

          "Apa?"

          "Pandanglah mata aku."

          Aku menatap matanya yang bercahaya. Aku malu sedikit. Yelah, kata orang tua Dari mata turun ke hati haha.

          Jantungku berdebar. Gelisah menanti apa yang bakal dikatakan Key. Dia nak cakap apa eh? Tiba-tiba dia kata dia prank je. Memang kena campak jauh-jauh lelaki ni.

          Bebola mata kami bertaut. Kemudian, Key melabuhkan bibirnya di dahi bersihku. Aku tergamam. Key memandang aku sambil tersenyum. Terasa seperti darah menyerbu ke muka.

          Kenapa kau buat macam tu? Benci kau." omel aku sambil mengusap dahi aku. Sebenarnya aku ingin menutup perasaan gemuruh aku.

          Key memeluk tubuh kecilku. "Arayo [Iknow]. I love you too." Ahh sudah, habis pipi aku merah padam. Sikap Key yang tak dapat disangka memang tak boleh dielakkan.

          Kami kembali seperti tadi. Kepalaku dibahu Key. Dia merangkul tanganku. Tangannya begitu hangat. Orang tua kata kalau tangan orang tu hangat, jiwa dia pun hangat. Keh tipu, aku tengok drama Big haha. Bukan salah aku, Dara yang suruh tengok lol.

          Kami berdua mengunci mulut. Melayan perasaan masing-masing. Tiba-tiba Key kembali bersuara,"Kau tahu tak, aku nak sangat sebut pasal tu tetapi aku takutlah."

          "Cakap apa?"

          "Okay tapi janji jangan marah."

          "Janji."

          "Buat tangan macam ni." Jari kelinking kami bertaut menandakan kami berjanji.

          "Dah janji. Cakaplah cepat." Aku menunggu sahaja apa yang Key nak sangat sebut tu. Sampai berjanji bagai.

          Key menarik nafas panjang. "Nenek kebayan!" meletus ketawa Key sebelum melarikan diri.

          "YAH! Bangang punya lelaki! Nanti kau, kambing."bebel aku sambil mengejar Key. Ingatkan dah insaf, rupanya wujud lagi tanduk Setan dia tu. Geram pula aku.

          "Kau dah janjikan? Janji harus ditepati." Key tersengih nakal. Sukalah tu sakat aku. Menyesal aku janji dengan dia. Kalau tak, boleh aku tarik rambut dia.

          Aku berhenti mengejar. Bibirku dimuncungkan. Key memanggil nama aku, tetapi aku buat-buat tak dengar. Padan muka dia. Malas nak layan kambing senget tu.

          "Alolo, Nana sayang marah eh? Janganlah merajuk. Nanti tualah. Cuba senyum. Mesti comel."

          Key tidak pernah kehabisan ayat manis dia tu. Sebenarnya aku ni bukannya jenis merajuk lama. Sahaja nak tengok dia pujuk aku.

          Key mendekatkan diri. Jarak kami hanya beberapa langkah. Aku cuba mengawal degupan jantung yang semakin laju ini. "Please, jangan merajuk. Kalau tak.."

          Keningku terangkat sebelah. "Kalau tak apa?" Aku tahu Key mesti memikirkan sesuatu. Diakan full with surprise. Sedang aku sibuk melayan perasaan, jarak aku dan Key semakin dekat. Deruan nafas Key yang menyapa muka aku membuatkan aku tidak keruan.

          "Kalau tak, aku akan kiss kau."bisik Key sebelum bibir kami bertemu. Aku terkejut dengan tindakannya tetapi tidak menolak. Rasanya sama seperti pertama kali kami menguncup di kelas tetapi perasaannya jauh lebih baik.

          Key melepaskan kucupan itu sebelum tersenyum. Bibir kecilku juga menguntumkan senyuman.

          "Omo omo, apa korang buat hah?"

          Suara Jonghyun memecah gegendang telinga. Aku sedikit tersentak melihat kehadiran mereka. Diorang nampak ke? Aku kembali melihat Key. Dia juga melarikan anak mata ke arah aku.

          "Apa pandang-pandang? Kitorang nampaklah tadi." giliran Minho pula mengusik. Habislah diorang nampak, maluuu ><

          "Diamlah, Nana blushing tu." Key pula bersuara. Mahu mempertahankan aku mungkin? Lain macam je ayat dia.

          "Atau kau?" Onew juga tidak ketinggalan mengusik. Key hanya tersengih sambil memaut tangan aku.

          "Comellah korang." ujar Dara sambil tersenyum.

          "Amboii hyung, dah maju."sinis Taemin mengusik Key. Sebab itu, Key menunjal dahi Taemin.

          Aku hanya menggelengkan kepala. Macam-macam ragam budak-budak ni. Kemudian, aku merasa sesuatu di jariku. Rupanya jemari aku dan Key bertaut. Aku tertunduk malu. Kalau hari-hari macam ni, boleh mati sebab malu kuasa 56789.

          "Last forever."

********

HAAAA. FINALLY HABIS PUN FANFIC NI. SORRY ENDING TAK BEST. AKU TAK RETI. SIAPA YANG BACA SAMPAI HABIS TU TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK. NANTI AKU KASI DUIT RAYA EH XD
« Past | New »