Wednesday, August 22, 2012 ϟ 0 letters
Hari demi hari, Nana seperti biasa melawat Key. Tetapi tidak selalu sangat kerana dia malu untuk berjumpa Key. Onew, Dara, Jonghyun dan Minho sibuk merancang party yang hebat. Miho juga tahu mengenai rancangan mereka. Dia akan ke hospital untuk mengambil Key manakala yang lain akan menunggu di rumah.
NANA
Aku melepaskan nafas panjang. Hari ini Key balik. Dress ni nampak cantik dengan aku. Aku berjalan perlahan menuruni tangga. Semua mata tertumpu ke arah aku. Nervous pula aku haha.
"Omoo, nae [my] Nana is soo beautiful!" puji Jonghyun. Aku dah agak mesti dia akan puji. Diakan baik orangnya. Dia sayang aku lebih haha. K perasan. Aku hanya tersenyum mendengar pujian Jonghyun.
"Apa-apalah, Miho masih nampak hebat bagi aku."ujar Minho sambil menjeling ke arah Miho. Pipi Miho sedikit kemerahan. Hmm mereka dah mula nak berkasih sayang dekat sini. Jealous betul aku tengok mereka.
" Dara yang paling cantik okay?" Onew mencelah sambil merangkul pinggang Dara sambil menjelirkan lidah. Aku membuat muka tak-kisah-pun.
"Okay cukup cukuplah puji awek memasing. Saya cemburu di sini. Harap maklum. Jadi Miho, kau ambil Key kan?" Jonghyun yang berbaju biru langit itu memandang Miho. Miho mengangguk.
"Hati hati, okay? I don't wanna lose you." lembut suara Minho menasihati Miho sambil mencium dahi Miho. Sekali lagi perasaan cemburu menyelinap masuk. Betapa aku memerlukan Key pada saat ini. Aku mengeluh perlahan.
"Hyung, aku nak jugaaaa!" Taemin yang sedari tadi sibuk bermain dengan telefon bimbitnya. Minho menunjal dahi putih Taemin. "Mengada."
Taemin mencebikkan bibirnya. Minho buat buat tak nampak. Miho sudah lama berangkat ke hospital. Tiba-tiba perasaan gemuruh muncul. Kenapa dengan aku ni?
Lampu ditutup. Keadaan menjadi sangat gelap. Kami semua bersembunyi di tempat masing-masing. Memandangkan tubuhku kecil, aku menyorok di bawah meja. Pada mulanya, aku dan Taemin berebut untuk memilih meja makan ni. Akhirnya dia mengalah, memandangkan aku lebih tua daripada dia haha.
"Bersedia, semua."
Debaran di dada semakin laju. Lebih gemuruh daripada mengambil peperiksaan Add Math. Beberapa saat lagi, Key akan balik.
KEY
Pintu rumah diketuk Miho berkali-kali. Tetapi tidak berjawab. Aku hanya berpeluk tubuh di sebelah Miho. Dia ligat mencari kunci di dalam beg tangannya. Akhirnya jumpa juga. Aku melepaskan nafas lega.
Aku memegang tombol pintu lalu dipulas. Pintu dikuak perlahan. Gelap. Mana semua orang? Miho yang berdiri di sebelah aku ditatap. Dia hanya menjongketkan bahu seolah-olah tahu aku meminta penjelasan.
Dalam kegelapan itu, tiba-tiba suis lampu dihidupkan. Dalam pada itu, semua orang menjerit, "Selamat pulang, Key omma!"
Aku sedikit terkejut. Sebenarnya aku terkejut beruk. Tetapi apabila terpandang Nana, aku haruslah mengawal kehandsomeman aku so aku terkejut sikit. Lol haha.
Mata aku terkunci pada kelibat Nana. "Beautiful ... " entah macam mana ayat itu boleh keluar dari mulut. Mereka memandang aku kehairanan.
"Siapa cantik?" Taemin memandang aku nakal.
Cepat-cepat aku menutup kesalahan aku tadi. "Huh? Oh, hiasan. Cantik betul korang hias. Beautiful." Bibir menguntumkan senyuman. Senyuman paksa.
"Korang tunggu apa lagi? Let's party, people!" jeritan Jonghyun memecahkan suasana kekok tadi.


