Love Bloom
Official blog

My Sweet Enemy Part 25
Thursday, August 9, 2012 ϟ 0 letters

NANA

Beberapa tahun selepas itu.

          Onew telah pun tamat sekolah. Sekarang dia bekerja di restoran ayam. Onew dengan ayam memang tak boleh dipisahkan. Dara juga bekerja di tempat yang sama. Aku sangat bangga dengan Dara. Walaupun perangai Onew keanakkan dan kadang-kadang rasa macam nak campak dia dalam lombong, Dara masih setia bersamanya. Onew mesti terharu kalau dengar aku cakap macam ni haha.

          Jonghyun juga telah menamatkan persekolahannya. Masih menunggu keputusan kemasukkan universiti. Katanya, dia ingin menjadi seorang penyanyi. Aku setuju sangat dengan cita-cita dia. Suara dia boleh buat orang speechless. Sedap weh. Dia selalu menyanyi di tepi jalan. Kadang-kadang, aku akan tengok dia buat persembahan pada waktu malam. Ramai juga peminat dia.

          Minho pula masih berada di sekolah menengah. Tahun ni tahun terakhir dia. Dialah casanova dekat sekolah. Yelah, hyungs dia dah tak ada. Semua peminat hyungs dia, jadi peminat dia sekarang lol. Dan tentang pertaruhan tu, aku dah tahu. Pada mulanya, aku marahlah juga. Yelah aku hampir jatuh cinta dengan dia. Nasib baik marah aku tak panjang. Sekarang dia couple dengan Miho. Tak payah cakap pun aku dah tahu, diorang ni ada something.

          Memandangkan Miho tinggal di Jepun, dia jarang ke sini. Tetapi dia dan Minho tetap berhubung. Nasib baik teknologi sekarang makin maju. Diorang selalu skype. Siapa mulakan dulu? Well, agak kelakar cerita diorang. Of course, Minho confess dulu. Dia confess ketika mereka ber-skyping. Sebulan selepas itu, Miho terbang ke Korea hanya untuk mengatakan 'Nado saranghae' [I love you too] Ahahah.

          Taemin masih menjadi favourite dongsaeng aku. Dia belajar menari juga. Dia bagus. Eh silap, he's daebak. Bila dia ada tarian baru, mesti dia akan tunjuk dekat aku dan minta pendapat aku. Tetapi, dia dah tak macam dulu. He's grown up. Semua orang sibuk dengan kerja mereka. Hanya Taemin yang akan melawat aku. Walaupun Taemin sudah matang, dia masih menjadi budak mushroom. Dia kata, bila Key bangun, Key tetap akan kenal dia. Aww, Taeminnie :3

          Aku? Well, aku dah berubah sekarang. Semestinya ke arah kebaikan. Aku sekarang dah jadi wanita Korea terakhir. Ahaha. Dulu, aku selalu pakai weird stuff dan buat rambut bun. Sekarang aku dah mula pakai dress. Rambut pun lepas. Itupun disebabkan nasihat Dara unnie dan Miho. Aku dah tak pergi sekolah. Tapi aku masih belajar. I've home tuition. Cikgu-cikgu di sekolah sangat memahami keadaan aku. Atau mereka masih takut dengan aku? Dan aku masih tidak berpunya tetapi hati aku ada dia. Ecehh ayat aku pula kan. Aku masih menunggu dia bangun.

          Aku menutup diari aku dan menyisip jus oren. Pemandangan aku ditebarkan ke arah luar tingkap. Cerah betul hari ini. Macam ada sesuatu yang baik akan berlaku. Apa eh? Mungkin Taemin ada tarian baru.

          Kakiku melangkah ke wad Key. Aku menyapa jururawat yang bertugas. Mereka semua kenal aku. Aku melabuhkan punggung di sebelah katil Key. Menunggu, menunggu dan terus menunggu. Sehinggalah mata aku terlelap.

          "Beep Beep"

KEY

          Aku cuba untuk membuka mata tetapi gagal. Berkali-kali aku cuba untuk bergerak. Akhirnya, mataku berjaya melihat dunia. Perlahan-lahan aku membuka mata dan menggerakkan jemariku.

          "Key! Kau.. kau dah bangun. Nurse ! Dia bergerak! Cepat!"

          Suara seorang perempuan memecah gegendang telingaku. Suara yang amat dikenali. Pandangan mataku masih kabur. Aku tak dapat melihatnya dengan jelas.

          "Nana?"

          Dia memegang tanganku. "Ye, Key?"

          Bibirku mengukir senyuman. Memang betullah suara itu milik dia. Rindunya aku kepadanya. Aku meneliti sekeliling. Jururawat dan doktor sedang sibuk melihat prestasi aku. Aku tahu aku berada di hospital. Tetapi sejak bila?

          "Cik Kim, boleh saya jumpa awak sebentar?" kata doktor lelaki yang berkaca mata itu sebelum melangkah keluar.

          "I'll be back." ujar Nana sebelum mengikut langkah doktor tadi. Berat hatiku ingin melepaskannya pergi. Tetapi terpaksa juga.

          Beberapa minit kemudian, Nana menghampiri aku. "Kau nak apa-apa ke? Air? Makanan?"

          Bertubi-tubi soalan yang dituju kepada aku. Pening pula aku nak jawab. Soalan itu hanya dibiarkan tidak berjawab. "Dah berapa lama aku dekat sini?"

          "Hanya beberapa tahun. Err aku nak telefon yang lain. Tunggu sekejap."Nana membalas sebelum menekan punat telefon miliknya.

          Beberapa tahun? Macam tak percaya pula aku. Aku boleh hidup lagi. Perkara terakhir yang aku ingat, aku kemalangan. Darah yang mengalir ketika itu tidak diendahkan. Aku hanya memikirkan Nana.

          Nana tunggu aku selama ni? Dan dia telah berubah. Lebih ayu dan comel. Aku tersenyum gembira.

          "Mereka akan tiba sekejap lagi." kata-kata Nana menghentikan lamunan aku. Dia melabuhkan punggung di sebelah katilku.

          Kami berpandangan mata. Keadaan menjadi kekok dan kami hanya membisu.

          "Jadi, kau macam mana sekarang?" aku cuba untuk menghilangkan rasa janggal antara kami.

          "I'm doing great."jawabnya sambil tersenyum.

          "ouh."hanya itu yang aku mampu jawab. Entah kenapa aku berasa nervous. Macam tak biasa pula bersama dengan dia.

          Kemudian, ward aku dipenuhi dengan Shinee dan Dara. Miho tak dapat hadir. Tapi kami ber-skyping.

          "Kau dating dengan Minho?!"

        Minho menggosok belakang lehernya. "Err, hyung. Sebenarnya aku nak beritahu hyung bila Miho balik sini."

          "Oppa kena terima yang kami couple sekarang. No nagging! Dan jangan sentuh langsung Minho tu. Jentik pun tak boleh."suara Miho dari laptop mencelah. Dia cuba untuk membuat muka garang tetapi gagal. Dia tidak dapat menahan ketawa.

          "Yah, aku abang kau. Kenapa kau pula yang beri arahan dekat aku?"

          Minho tersengih nakal dan mengenyitkan mata kepada Miho. "Aku nampak tu."ujarku sambil menjeling tajam kepada Minho.

          "So hyung, kenal aku tak?" Taemin membuat puppy eyes. Fikir comellah tu?

          "Kau. Puppy eyes..."

          Taemin menunjukkan pula rambut mushroom dia. "Puppy eyes and mushroom hair. Hmm siapa kau?" aku berpura-pura untuk tidak mengenal dia. Aku cuba sedaya upaya untuk mengawal ketawa.

          Taemin membuat muka sedih. Yes, dia percaya dengan lakonan aku haha. "Noona, hyung tak ingat aku T_____T"

          Akhirnya ketawaku meletus. Sedih betul budak ni. "Babo, semestinya aku ingat. I'm your omma."tanganku menggosok perlahan rambut Taemin.

          "Haish, hyung buat aku risau."Taemin menghadiahkan pelukan kepada aku.

          "Taemin ah, jangan peluk terlalu lama. Ada orang tu jealous." Jonghyun tersengih nakal sambil memandang Nana.

          "Apa?"

          "Nothing. Cuma kesian dekat orang tu. Relaku menunggu seribu tahun lama lagi~" Jonghyun menyanyi sebelum tergelak. Nana pula memukulnya bertubi-tubi. Apakah?

          "Okay, untuk celebrate yang Key telah bangun. Let's party hard!" Dara pula bersuara. Dia menguntumkan senyuman yang lebar.

          "Dekat sini? Kita mungkin akan mengganggu pesakit yang lain." ujar Nana.

          "Bila kau boleh keluar?"

          "Mungkin beberapa hari lagi."jawabku sambil memandang Onew.

         "So, kita kena tunggu beberapa hari lagi?" Taemin turut serta berbincang. Miho sudah lama offline. Dia ada kelas.

        "Yeah."balas Minho.
« Past | New »