Saturday, July 21, 2012 ϟ 0 letters
ONEW
Taemin memusingkan kepala memandang ke belakang. Aku merengus kasar mendengar jawapan Nana. Kemudian Taemin kembali mengalihkan pemandangan ke skrin telefon bimbit. Apa yang best sangat telefon dia?
"Yah babo [idiot]! Jangan berdiri sahaja. Jomlah!" Dara menjerit memanggil aku. Wajahku kembali bersinar. Senyum sehingga mempamerkan barisan gigiku.
"Nasib baik yeobo [honey] aku masih sayangkan aku."laju tanganku menciut hujung hidung Dara. Comel betul yeobo aku yang seorang ini.
"Dan dia memanggil kau babo."tersengih Jonghyun membalas. Jonghyun dan Taemin menepuk tangan sambil tertawa sakan. Aku mencebik. Kepala Jonghyun ditunjal oleh aku. Tapi tidak memberi kesan kepada Jonghyun. Masih lagi ketawa.
Kami mengambil tempat di tepi tingkap. Senang hendak melihat pemandangan luar. Masing-masing mengambil tempat.
"Jadi awak nak makan apa?" Minho yang duduk berhadapan Nana bertanya. Sambil anak matanya meneliti kad menu.
"Onew hyung, nak belanja kita semuaaa!"
Taemin mengutarakan idea untuk mengenakan aku. Bengong punya budak! Aku menjegilkan mata sambil membuat muka garang.
"Betul ke ?" Miho yang dari tadi mengunci mulut, bersuara memandang aku. Kini semua mata tertumpu ke arah aku. Cuba untuk memastikan pernyataan yang Taemin buat.
"Yeah tetapi.."
Belum sempat aku menghabiskan ayat, mereka bersorak gembira. Gamat kafeteria dengan telatah mereka. Taemin dan Minho bertepuk tangan.Nana hanya tersenyum gembira.
"Memandangkan semua orang gembira dan abang belanja kami, Nana nak makan semua makanan yang sedap!"
Aku menepuk dahi. Ahh sudah mana aku nak dapat duit? Duit aku bukannya banyak mana. Itulah duduk berjauhan dengan mak dan ayah. Duit yang aku dapat pun hasil peras ugut dengan budak junior. Nantilah aku cari kerja tsk tsk
Ini semua salah budak cendawan tu. Memang nak kena dengan penumbuk sulung aku dia ni. Tanganku membentuk kepada penumbuk. Mataku memandang tepat ke arah Taemin. Gayaku tak ubah seperti ingin memakan Taemin hidup-hidup.
"Hyung, senyumlah lebar sikit. Kalau kita sedang berbuat baik, kena senyum selebar mungkin."ujar Taemin masih dalam sisa ketawa. Bibirku menguntumkan senyuman. Senyuman paksa. Kalau tak kerana Nana, jangan harap aku nak tersenyum.
"Haaa, macam tulah. Amalkan selalu ya?"usik Taemin sambil tersengih nakal. Malas aku nak layan budak kecil ni, buang masa. Lagi aku layan, lagi sakit hati aku.
"Aigoo, uri [our] Nana is so happy! Tenang hati abang tengok."Jonghyun menghadiahkan sebuah pelukan kepada Nana. Nana pula tidak lekang dengan senyumannya. Baguslah Nana sudah tersenyum semula. Mata dia pun semakin elok.
"Macam mana dengan aku? Aku gembira juga! Hug me hug me" Taemin sedikit cemburu. Terlompat-lompat Taemin sambil mendepakan tangannya untuk memeluk Jonghyun. Aku tergelak kecil.
Kening Jonghyun terangkat sebelah. Seperti tiada perasaan, Jonghyun membalas "Ketepilah, freak". Selamba sahaja dia mematikan mood gembira Taemin. Panjang muncung Taemin. Merajuk.
"Makanan dah sampaaaiii! Come at me bro."Minho medepakan tangannya. Pelayan yang menatang dulang itupun memandang Minho pelik. Mereka semua ni buat malu sahaja. Aku hanya mampu menggelengkan kepala melihat ragam mereka.
"Wahh, nampak sedap! Nak!" Miho teruja melihat pelbagai jenis makanan terhidang. Masing-masing sibuk makan. Senyap sikit.
"Kenapa tak makan?"Dara memandang aku prihatin. Ingat juga dia dekat aku. Fikir sibuk sangat makan. Yelah, penat tunggu Key.
"Tak ada apa-apa. Berfikir sahaja."fikirkan macam mana nak bayar makanan. Sambungku dalam hati. Dara tersenyum simpul.
"Sejak bila awak berfikir? Makan jelah. Atau awak nak saya yang suapkan?"
Pipiku sedikit kemerahan. Malu malu kucing pula aku. Dara sengaja nak buat aku blushing dekat sini. "Kenapa tak cakap awal-awal?"omel Dara sambil menyuap aku.
"Dara. Onew. Pandang sini!" jerit Jonghyun. Serentak kami melihat Jonghyun. Kemudian..
KLIKK!
Jonghyun menangkap gambar kami. Dia ambil gambar aku kena suap pula tu. Bertambah malu aku. "Korang comel sangat!" aku hanya tersengih mendengar komen Taemin. Ini yang bangga ada teman wanita. Ecewahh jangan jealous :3
"Ahh kenyangnyaa."Jonghyun mengusap perutnya.
"Hyung, cepatlah. Bayarkan bill."Minho pula bersuara.
Kemudian aku berasa seperti bahuku diusik. "Nana pergi tengok Key eh? Gomawo abang." Nana memandang aku sambil tersenyum. Aku hanya mengangguk. Hanya menghantar Nana dengan pandangan mata.
Kemudian aku melangkah ke kaunter untuk menguruskan pembayaran. Manakala Jonghyun ke tandas di temani Taemin. Hmm sakit perutlah tu. Makan banyak lagi. Ish ish ish. Minho dan Miho juga entah ke mana. Mereka ada skandal ke apa? Nasib baik Dara masih setia dengan aku.
"Haa, kenapa senyum sorang-sorang?"lamunanku terhenti. Kepalaku menggeleng.
"Beritahulah. Mesti ada something."omel Dara. Tangannya mula mencucuk pinggangku. Tak pasal-pasal aku melompat. Tergelak dia tengok aku macam beruk.
"Wakk, berhentilah. Geli tahu tak."
"Berhenti apa? Berhenti buat ini ke?" tangannya mencucuk lagi pinggang aku. Nasib baik aku tak melatah.
"Haha, kesian awak. Ye saya tak buat lagi."Pujukan Dara tidak berhasil. Aku masih memuncungkan bibir. Sengaja aku merajuk. Nak tengok apa yang Dara akan buat.
"Lahh merajuk ke? Okaylah nanti saya belanja awak pula. Awak nak ayam kan?"dengar sahaja perkataan ayam. Terus bersinar mata aku. Lantas aku memeluk Dara.
"Macam mana awak tahu saya nak ayam?"
"Macam tak biasa pula. Saya kenal awak dah lama tau."
"Ini yang makin sayang. Awak sayang saya tak?"
Dara mengalihkan pemandangannya ke arah aku. Lambat-lambat dia mengangguk. Perlahan suara dia mengatakan 'ya'.Malu mungkin? Haha sekarang giliran aku pula sakat dia.
"Apa? Tak dengarlah. Cuba kuat sikit." Dara mendekatkan bibirnya ke gegendang telinga.
"Saya sayang a-yamm!"senget punya budak! Laju dia berlari meninggalkan aku. Aku pun apa lagi, kejarlah. Ingatkan nak kata 'saya sayang awak', rupanya 'saya sayang ayam'. Main-main pula eh.


