Love Bloom
Official blog

My Sweet Enemy Part 22
Saturday, July 21, 2012 ϟ 0 letters

JONGHYUN

          Tin yang berisi air coke sudah habis diminum. Pintu ward dikuak perlahan. Nana berjalan lesu lalu melabuhkan punggung di kerusi. Giliran Miho pula melihat Key, ditemani Minho. Aku cuba untuk mendekati Nana. Tangannya sibuk mengesat air mata.

          "Sengal punya air mata. Lagi aku lap, lagi banyak kau keluar. Time ni juga kau sibuk nak meleleh keluar. Haa, hingus ni pun sama. 2X5 nak malukan aku. tsk tsk."

          Bibirku mengukir senyuman. Budah ni haihh. Membebel sahaja kerjanya. Bebola matanya sembam dek menangis tidak henti-henti. Perasaan kasihan menyelinap masuk.

          "Aigoo dongsaeng ah, don't cry cry."pujukku sambil membuat muka comel. Nana tertawa kecil. Aku mengambil tempat di sebelahnya.

           "Mana ada menangis. Mata masuk habuklah."Nana cuba menyangkal kata-kataku. Dia berpura-pura mengibas matanya. Macamlah aku tak tahu yang dia menipu.

           "Nana tahu tak yang Nana tak reti menipu. Kalau ye pun mata masuk habuk, tak ada sampai merah menyala mata tu."Nana tersengih mendengar. Malu mungkin lakonannya tidak menjadi.

            Perlahan tanganku membelai rambut panjang Nana. Pertama kali aku melihat dia melepaskan rambut. Selalunya buat style bun. Pakaiannya pun tidak tertukar. Dara ada bawa pakaian untuknya. Mungkin dia tidak sedar. Sibuk sangat duduk depan pintu ICU tadi.

           "Abang..."

           Aku tersentap kembali ke realiti. Nana memandangku dengan wajah yang sedih. Pucat sungguh muka putihnya. Aku hanya mendiamkan diri. Meminta Nana untuk menyambung ayatnya.

           "Apa yang abang akan buat jika abang berada di tempat Nana?"

           Pertanyaannya pelik. Kepalaku ligat berfikir. Aku tahu Nana memerlukan sokongan dari kami. Aku harus jawab dengan positif. Mestilah kan? Tiba-tiba aku nak jawab 'abang pergi bunuh diri.' K nampak sangat tak logik.

          "Hmm abang akan sentiasa di sisi dia. Abang akan doakan yang terbaik untuk dia. Abang tak akan menangis. Tak akan. Sebab itu lagi menunjukkan yang abang lemah. Dia pun akan terseksa kalau dia tahu abang sedih. Abang kena percaya dengan dia. Ada hikmah disebalik semua ini, Nana."

           Panjang lebar aku menjawab soalaan Nana. Kalau Cikgu Bang dengar, mesti dia beri markah penuh dalam peperiksaan lisan. Ecewahh. Dah macam doktor cinta pun ada hehe.

           Nana mengangguk perlahan.

           "Nana, jom makan. Saya tengok dari semalam awak tak makan apa-apa. Miho pun nak makan." Minho mengukir senyuman. Miho berdiri di sebelahnya. Bila pula mereka keluar?

            Nana menggelengkan kepala. "Tak lapar. Awak pergilah temankan Miho."

            "Nana, berapa kali abang nak beritahu yang Nana tak reti menipu. Dah, jangan nak beri alasan lagi. Pergi makan. Ingat kita kena tunjuk yang kita kuat. Key juga akan kuat melawan sakitnya."

            "Unnie, jomlah. Miho dah lapar ni."giliran Miho pula bersuara. Dia menarik-narik tangan Nana.

            Lama Nana mendiamkan diri sebelum bersuara. "Fine."ujarnya sambil tersenyum.

            "Macam inilah adik abang."suara Onew mencelah entah dari mana. Dara juga bersamanya. Taemin seperti biasa sibuk menekan punat telefon bimbitnya.

             "Ohh selama ini bukan ke?" Nana sengaja menayangkan muka marah. Matanya terjegil. Onew hanya tersenyum simpul sebelum membalas.

             "Tak. Selama ni hidup abang hanya dikelilingi ayam sahaja."Onew mengusik sambil tergelak. Kami semua hanya mendengar perbalahan antara dua beradik ini.

             "Fine! Tak nak kawan abang. Sekarang, hanya Jonghyun dan Minho abang Nana. Jom, abang. Tinggalkan budak ayam ni." Nana memaut lenganku lalu mengheret aku ke kafeteria. Yang lain hanya ikut melangkah pergi meninggalkan Onew sendirian.

             "Yah, gurau sahajalah!" dari jauh kedengaran nyaring Onew menjerit. Tetapi tidak dipedulikan. Onew mencebik.

             "Maaf, kami tak layan orang yang tidak dikenali. Encik salah orang mungkin."ketawa kami meletus bergabung menjadi satu mendengar ayat Nana. Kurang asam punya budak! Nasib baik mereka hanya bergurau. Kalau betul bergaduh, tak tahu macam mana aku nak selesaikan.

            
          
« Past | New »