Sunday, July 15, 2012 ϟ 0 letters
NANA
Aku berjalan menuju ke kerusi. Lama aku melutut di hadapan pintu ICU. Kakiku juga lenguh. Punggungku dilabuhkan. Dara tiada. Mungkin dia sudah pulang. Hanya tinggal Miho yang masih ketiduran. Mungkin dia penat menunggu.
Aku berasa kesian terhadap Miho. Yelah, Miho belajar di Jepun. Baru minggu lepas dia pulang ke tanah air. Menurutnya, dia pulang kerana tidak dapat menahan rindunya pada abangnya, Key.
Ini semua salahku. Kalaulah aku tidak lari, pasti Miho dapat melepaskan rindunya pada Key. Hatiku diulit rasa berdosa. Seolah-olah aku yang membunuh Key.
Aku tak tahu apakah perasaan ini. Perasaan takut untuk kehilangan Key. Adakah ini perasaan yang sama aku lalui bersama Siu? Atau perasaan bersalah dan simpati terhadap Miho?
"Unnie janganlah menangis lagi. Oppa mesti tak suka. Nanti oppa yang lagi sedih."satu suara menyapa lembut ke gegendang telinga. Aku menoleh ke arah suara tadi. Miho sudah terjaga? Sejak bila?
Belum sempat aku membuka mulut untuk membalas. Kedengaran pintu bilik ICU terbuka. Spontan aku berdiri, begitu juga Miho. Seorang doktor lelaki yang berkaca mata berjalan mendekati kami.
"Siapa ahli keluarga encik Key?"tanya doktor itu sambil memandang kami. Aku ingin menjawab tetapi Miho sudah terlebih dahulu memperkenalkan diri. Doktor itu mengangguk sebelum membawa Miho ke biliknya. Mungkin ingin berbincang sesuatu. Harap yang baik.
Aku hanya memandang lantai kosong. Jantungku berdebar. Takut untuk menghadapi kenyataan yang tidak sanggup aku dengar. Selang beberapa minit, Onew dan Taemin berjalan ke arah aku.
"Nana, ada apa-apa perubahan ke? Doktor dah keluar? Key macam mana? Mana Miho?"bertalu-talu soalan dari Onew. Aku hanya mampu menggelengkan kepala. Taemin pula hanya mendiamkan diri di sebelahku.
Kelibat Miho sedang keluar dari bilik Doktor Kang. Mereka sempat berbual pendek sebelum mengatur langkah ke arah kami. Riak wajahnya sedih. Hati aku resah. Pelbagai persoalan bermain di fikiran. Debaran di dada semakin laju rentaknya.
"Oppa mungkin tak akan bangun. Dia mengalami koma. Mungkin dia ada harapan dan mungkin tidak."
Ayat yang meluncur laju dari bibir merah itu cukup membuatkan aku kembali terseksa. Penjelasannya hanya mampu menambah hiba. Urat sendi aku lemah. Sekali lagi punggungku mencecah lantai. Air mata bercucuran keluar.
Aku cuba untuk mententeramkan hati. Tetapi tidak berdaya untuk melawan kesedihan ini. Semua ini hanya mimpi. Tanganku mengetuk kepalaku bertalu. Cuba untuk bangun dari 'mimpi ngeri' ini. Semuanya tetap sama. Sakit itu masih ada.
Ini semua salah aku! Pandangan semakin kabur. Onew memeluk erat. Tetapi tiada kesan untukku. Hati aku bertambah sakit dan terseksa. Ujian apakah ini Tuhan? Kenapa Kau biarkan dia terseksa sedangkan akulah puncanya?
"Key akan bangun. Jangan risau. Everything's gonna be alright."Onew cuba menghentikan tangisanku. Tetapi gagal. Kata-katanya hanya membuatkan aku bertambah sakit. Mengingatkan kenyataan yang paling aku takut kini menjadi realiti.
Onew memapah aku ke wad Key. Kakiku melangkah masuk. Keadaan Key cukup menyeksakan. Badannya penuh dengan wayar. Alat bantuan pernafasan melekat di bahagian mulutnya. Matanya tertutup erat.
Jari jemariku membelai perlahan rambut Key. "Kau akan bangun kan?"ujarku masih dalam esak tangisan. Miho, Onew dan Taemin keluar untuk memberi ruang kepada aku.
Anak mataku dilarikan pada Key. Kepalaku baring perlahan di sebelah Key. Takungan mata kini sudah pecah. Kenangan kami bermain di benak fikiran. Setiap kenangan bagai menghiris hati. Pedih.
"Stay strong Key. Kau dah janji tak akan tinggalkan aku. Kau dah janji tak buat aku menangis. Nanti Onew marah kau. Ingat tak masa kau peluk aku di perhentian bas? Jantungku seperti ingin meletup. Ketika kau selamatkan aku daripada dibelasah oleh Hara, entah kenapa aku rasa terharu. Gembira sangat sebab kau datang. Seolah-olah aku memang mengharapkan kau.
Ingat tak yang kita tarik rambut tu? Ganas kan? Hahaha. Kau panggil aku - Gorilla busuk. Jahat! Then kalau kau perasan, pipi aku sedikit kemerahan ketika aku mencium pipi kau. Dalam bas pun aku suka, 'She's my everything'. Kau cakap macam tu kan?
Dan ketika aku berlari keluar dari rumah Hyuna. Jujur aku katakan, aku tak sangka kau kejar aku. Maafkan aku setelah apa yang aku katakan, Key. Aku terlalu bodoh waktu itu. Aku keliru. Aku tak nampak keikhlasan di mata kau. Aku... aku terlalu buta.
Dan sekali lagi kau telah selamatkan nenek kebayan ni. Kau selalu ada untuk aku. Key, bangunlah. Buka mata kau. Aku tak sempat untuk mengucapkan sesuatu. Sesuatu yang baru aku sedar sekarang. Sesuatu yang bermakna."
Berat sungguh hatiku ingin meninggalkan Key. Sebelum aku melangkah keluar, aku menguncup lembut dahi Key.
*****
Okay. Disebabkan aku hiatus lama gila. Aku merajinkan diri untuk buat dua post. Penat okay ;____; Sorry sebab tak best. Aku tak tahu nak taip apa dah. Ikutkan hati nak aje aku tapi THE END terus lol.


