Love Bloom
Official blog

My Sweet Enemy Part 20
Saturday, July 14, 2012 ϟ 0 letters


ONEW

          Kelibat Nana masih lagi menunggu Key. Kesian, Itu sahaja yang mampu aku menerangkan perasaanku terhadap Nana. Lagaknya seperti dunia hampir berakhir. Aku cuba untuk mendekatinya. Berlainan dengan sebelumnya, dia tidak menolak. Malah membiarkan aku membelai lembut rambutnya.

          "Nana, you okay?"

           Pandangannya beralih ke arah aku. Matanya bengkak. Merah betul mata dia. Tetapi tetap mengalirkan air mata. "How can I'm okay on this situation?"

          Betul juga apa yang dia cakap. Apelah aku ni. Tangan menggaru kepala yang tidak gatal. "Nana nak makan? Kafeteria dekat je. Jomlah" pujukku. Badan Nana semakin susut dan cengkung.

          "Takpelah, oppa. Tak lapar."

           Bibir Nana mengukir senyuman. Aku tahu itu senyuman paksa. Dan aku tahu dia menipu. Mata liar melihat sekeliling. Dara dan Jonghyun sudah lama berangkat ke alam mimpi. Taemin pula sibuk menekan punat telefon bimbit. Minho dan Miho rancak berbual. Amboii, mentang-mentang nama nak dekat sama. Mungkin Miho perlukan seseorang untuk ketika ini.

          Kaki melangkah ke arah Taemin. Mata kami bertemu. "Panggil yang lain. Jumpa dekat luar okay?" Taemin hanya menggangguk sebelum mengejutkan Jonghyun.

          "Hyung, bangun." tangan Taemin ligat menggoyangkan bahu Jonghyun. Malangnya, Jongyun hanya menepis tangannya lalu tidur semula. Kemudian Taemin mendekatkan bibirnya pada telinga Jonghyun.

          "Kebakaran!"

          "Mana?! Mana?!"terus Jonghyun berdiri sambil melihat kiri dan kanan. Meletus ketawa Taemin. Senyuman tak surut dari bibirku. Hmm budak-budak ni.

          "Babo. Nasib baik hyung tak ada heart attack."rungut Jonghyun sambil mengusap perlahan dadanya. "Tidur je. Mulut ternganga tahu tak?"balas Taemin dalam sisa ketawa. Minho turut tergelak.

           "Woi dekat hospital pun nak bergurau ke? Jomlah." suara Minho mencelah gurau senda mereka. Minho memang terkenal dengan sikapnya yang serius. Jarang dia tersenyum.




MINHO


           Keadaan di hospital sepi. Hanya kedengaran bunyi derapan tapak kaki dan perbualan kecil. Pandanganku ditebarkan ke atas. Bulan yang bersinar tetapi bintang tidak memunculkan diri. Shinee berkumpul di taman yang dihiasi pelbagai jenis bunga.

          "Aku hendak beritahu. Walaupun Key seorang yang bermulut jahat tetapi dia masih kawan kita. Kawan kita dalam kesusahan. Dan kita tidak boleh hanya melihat dia menahan kesakitan."

          Suara Onew memecah kesunyian. Aku tertunduk sedih mendengar ucapan Onew. Sedih membayangkan kesakitan yang Key sedang hadapi.

          "Jadi kita jangan berputus asa. Ucapkan kata semangat pada Key. Jangan pernah berhenti berdoa. Ingat stay strong, stay together and stay forever."

          Benar kata Onew. Aku tak patut bersedih malah aku harus memberi kata semangat pada Key. Terutamanya Nana. She's so broken.

          "Aku teringat pula masakan dia."

          "Aku rindu dengar bebelan dia."

          "Rindu playboy omma."

          Pelbagai rintihan hati yang meniti di bibir ahli Shinee. Sayu aku mendengar luahan mereka. Tabahkan hati kami Tuhan.

          Onew selaku ketua kumpulan juga tidak mampu menahan air matanya. Mungkin dia lebih menderita melihat Nana. Dia cuba untuk mengukir senyuman ikhlas. "Kita masih shining shinee."ujarnya.


          Ya, kita masih dan tetap Shining Shinee.

******

YEAYYY Finally aku update. Frust aku fikir sambungannya. tsk. Korang bacalah ye. Aku nak mandi lol XD
« Past | New »