Thursday, July 5, 2012 ϟ 0 letters
Kepala aku sakit. Air mata mencucur keluar. Setitis demi setitis jatuh ke ribaan. Tangan menggeletar. Sejuk. Kemalangan tadi meracuni kotak fikiranku. Aku tak kuat. Tangan cuba menggapai apa sahaja untuk berdiri semula. Tetapi gagal. Akhirnya aku berlutut sambil menyandar ke dinding.
Pakaianku ditatap. Mata meneliti seluruh tubuh badanku yang dipenuhi darah. Mata ditutup erat. Aku masih ingat pelukannya. Pelukan hangat Key. Dia yang menyelamatkan aku. Hati seperti disiat-siat melihat kesakitan yang ditahannya. Kenapa kau buat macam tu Key?
"Sekarang baru aku sedar, aku bukan sayangkan kau tetapi benci. Aku lebih bencikan kau sekarang !"
Tangisan semakin berani membasahi pipi. Perasaan bersalah menghantui diri. Spontan aku memukul dada berulang kali. Stupid. Itu sahaja yang mampu untuk aku katakan. Semuanya salah aku. Kalaulah aku tak lari. Kalaulah aku dengar jeritan Key. Kalaulah aku tak sebodoh itu. Semua ini tak akan terjadi.
Pintu bilik ICU dipandang lama. Aku terlihat bayangan Key melambai sambil tersenyum gembira. Dengan kudrat yang kumiliki, aku cuba untuk berdiri. Selangkah demi selangkah aku mendekati Key yang masih berdiri di hadapan. Kini tangannya dihulur, minta disambut. Bayangannya hilang seraya aku menyambut tangannya.
Seakan dirasuk, aku memukul pintu dengan tangan berkali-kali. Aku ingin bersuara, menjerit memanggil namanya tetapi tidak mampu ku luahkan. Aku hanya mampu menjerit dalam hati. Jiwaku terseksa. Tuhan, jangan kau ambil dia dariku. Berilah dia peluang.
Tapak tangan masih laju menghentak pintu bilik itu. Aku tak bersedia untuk menghadapi semua ini. Bunyi ketukkan semakin perlahan. Key, please come out. I'm sorry. Hanya mampu diungkap oleh hati kecilku. Lidah terasa berat untuk bergerak. Tuhan, berikanlah kekuatan kepadaku. Aku lemah.
Badanku hampir terjelopok ke lantai sebelum seseorang memaut. "Nana.."tubuh kecilku didakap erat. Panggilannya tidak diendahkan. Hanya Key yang mampu aku fikirkan sekarang. Beberapa derapan tapak kaki laju meluru ke arah kami.
"Nana. Please. Don't be like this."lembut suara itu menyapa telingaku. Dakapannya semakin erat. Bau perfume yang amat dikenali menusuk hidung. Pelukannya tidak sehangat pelukan Key. Yang membuatkan jantungku tidak henti berdebar.
MINHO POV
Aku memeluknya erat. Esakan tangisnya semakin kuat. Pelukanku dileraikan. Nana mula merangkak ke arah pintu itu. Terseksanya aku melihatnya. Hati aku seperti ditusuk beribu bilah pisau. Tuhan, begitu berat ujian mereka.
Aku hanya mampu melihat sahaja. Tiada guna aku memujuk.Semua orang cuba untuk mendekati Nana tetapi ditepis kasar. Lama dia seperti itu. Onew tidak tahu hendak berbuat apa lagi.
Fikirku ingin memikat hatinya. Tetapi entah kenapa aku berasa kesian dan bersalah untuk menyakiti hatinya lagi. Bodohnya aku. Saat ini pun masih lagi fikir mengenai pertaruhan itu. Sinis aku tersenyum dengan kebodohan aku sendiri.
Telinga dapat menangkap suara Nana memanggil Key. Pandanganku mula kabur. Bibir bawah aku gigit. Key bangun cepat. Everyone need you. She need you. Jangan kau ambil nyawa sahabatku Tuhan. Jasanya terlalu banyak. Berikan aku kesempatan untuk membalasnya.
********


