Saturday, June 9, 2012 ϟ 0 letters
NANA POV
Debaran jantung semakin laju. Rentaknya tidak seperti biasa. Begitu dekat tubuh Key dengan aku. Tangannya masih memapah aku. Kemudian kami duduk diatas sebuah bangku yang terletak di bawah pokok. Dia mengambil tempat di sebelah aku.
" Bagi tangan tu . " ujar Key sambil memegang tanganku perlahan . Aku menarik balik tangan aku. "Gwanchana. Tak sakit mana pun. " tipu aku . Padahal siku aku begitu pedih . Teruk betul aku kena belasah dengan mereka .
Key menarik perlahan tangan aku dan menampal plaster di tempat luka kecil aku . Aku menjerit kecil. " Dah siap ." ujar Key sambil senyum segaris. " Gomawo. " ucapku perlahan. Menahan ego aku. Malulah cakap terima kasih dekat musuh. Buat jatuh maruah aje.
" Eh gomawo aje ? Kiss lah sikit. " kata Key sambil menunjuk pipi bersihnya. Aku mencebik. Tak ingin aku ! "Jangan nak mengada. Aku bagi flying kick karang." sambil memandang tajam Key. Dia hanya tersengih.
" Nasib baik ada aku kan ? Tapi kenapa kau tak menjerit if kau tak mampu nak lawan balik ? " tanya Key sambil memandang aku .
Soalan-soalan yang diutarakan oleh Key dibiarkan tidak berjawab. Betul katanya. Kenapa aku tak menjerit minta tolong ? Adakah aku terlalu ego ? Macam mana kalau Key tak ada tadi ? Kadang2 kambing ni berguna juga , hehe .
Key masih memandang aku. Aku dapat merasakan anak matanya tepat memandang aku. Kemudian, aku rasa seperti kepala aku diusap perlahan. Key ? Hesh, main kepala pula dia --||
" Aku tahu kau masih sedih sebab dia. Jangan menangis lagi. Benda yang dah lepas usah dikenang. " pujuk Key sambil mengusap perlahan kepala aku. Tersentap aku mendengar kata-kata dia. Macam mana dia tahu ?
Aku menepis tangannya lalu berdiri. " Aku tak tahu apa yang kau cakapkan. " ujarku mendatar. Aku mengatur langkah, meninggalkan Key. "Aku tahu semuanya, Nana. Sampai bila kau nak terperangkap dengan kenangan dia ?" kata-kata Key membuatkan air mata mengalir laju.
Aku berlari ke arah gelanggang bola keranjang. Tempat itu sahaja yang kosong. Aku duduk di tempat penonton. Menangis memikirkan kata-kata Key. Terngiang-ngiang katanya.
Memang aku terperangkap dalam kenangan dia. Memang ! Siapa yang boleh melupakan cinta pandang pertama ? Terlalu banyak kenangan manis kami. Macam mana aku nak lupakan semua tu dengan sekelip mata ? 2 tahun aku cuba. 2 tahun aku terseksa.
Aku tengok semua orang tersenyum gembira. Gelak tawa mereka menyakitkan telinga. Senyuman mereka merobek hati aku. Seperti mengatakan 'padan muka' dekat aku.
" WAE ?! " suara aku memecahkan kesunyian gelanggang.Aku meraup muka dengan telapak tangan.
" Ini tempat untuk bermain basketball bukan untuk melepaskan kemarahan " suara itu menyapa gegedang telinga. Pantas aku menoleh ke arah empunya suara. Seorang lelaki berjalan ke arah aku sambil tersenyum.
" Taeminnie ? "
" Noona buat apa dekat sini ? Kenapa menangis ? Ada apa-apa masalah ke ? "Taemin memandangku dengan penuh prihatin. Laju aku menggelengkan kepala sambil mengusap air mata dengan tangan. "Takde apa-apa."jawapku ringkas sambil bingkas bangun.
Pantas Taemin menarik tanganku. "Kalau noona tak nak kongsi masalah, sekurang-kurangnya cubalah senyum.Mungkin ada seseorang yang akan tersenyum melihat senyuman noona." Aku memandang mata Taemin. Terserlah keikhlasannya.
Aku menguntumkan senyuman. Lalu duduk disebelah Taemin. Mungkin aku perlukan teman untuk berbicara. Fikirku.
Kemudian, Taemin mengeluarkan sebuah gitar. "Nak dengar tak saya main ?" ujarnya sambil tersenyum. Aku mengangguk setuju.
Kedengaran suara merdu Taemin sambil memetik gitar. Mataku ditutup rapat. Menikmati lagu yang dinyanyikan Taemin. Dia hanya tersenyum melihat reaksi aku.
" Sedap suara Taemin."pujiku. Sekali lagi dia tersenyum. Dia ni memang suka senyum ke ? Senyum aje memanjang.
"So noona dah okay ?" ujarnya lembut. Kepalaku mengangguk sementara bibirku mengulas senyuman. "Kalau noona ada masalah or sedih, jangan segan datang sini. Saya selalu ada dekat sini. Sometimes saya tidur sini,hehe."sambungnya lagi lalu tergelak kecil.
"Taemin ?"panggilku. Serentak anak mata kami bertaut. "Terima kasih."ucapku ikhlas. Dia hanya membalas dengan senyuman.
Sejak aku bersekolah di sini, aku semakin gembira. Sedikit demi sedikit, aku mula mengukir senyuman ikhlas. Mungkin ada hikmahnya Siu curang dengan aku. Tuhan mahu berikan aku kebahagiaan yang sebenar mungkin ?
Kringg ! Bunyi loceng yang bingit mematikan lamunanku. Aku memandang sekilas waktu yang tertera di jam tanganku. Kokurikulum hampir bermula. Dan aku pula masih tak dapat masuk mana-mana kelab.
Kemudian baru aku tersedar yang aku terlambat untuk koko. Lantas aku menarik tangan Taemin. "Taeminnie, cepat ! Kita dah terlambat !" Taemin agak terkejut dengan tindakan aku.
"Noona ! Tangan saya ! Tangan saya nak tercabut ! I'm gonna lose my hand !"
***************
Semua pelajar berkumpul mengikut kelab masing-masing. Mereka mendengar taklimat oleh ketua kelab mereka. Manakala kumpulan Shinee masih berkumpul di bahagian belakang dewan.
Aku dan Taemin tercungap-cungap. Nak tercabut kaki aku. Shinee memandang aku dengan hairan. "Sampai pun korang. Ingatkan hilang. My favourite dongsaeng !" ujar Jonghyun. Dia menuju ke arah Taemin tetapi memeluk aku.
Taemin memuncungkan bibir. Merajuk dengan perbuatan Jonghyun. "Sudah tentu, kau juga. " pujuk Jonghyun sambil menggosok perlahan rambut Taemin. Aku tergelak melihat telatah mereka.
"So kau masuk kelab Key ?" tanya Onew sambil memandang aku. Keningku terangkat sebelah. "Eh ? Nana masuk kelab Minho. Kan oppa ?" jawab aku. Hentam ajelah asalkan tak masuk kelab Key.
"Mianhae Nana ah, dah penuh dengan atlet."bibirku dimuncungkan. Minho hanya memandang aku dengan simpati. Pandangan aku beralih pula ke Jonghyun, " Nana favourite dongsaeng kan ? Pleasee..."
"Oppa tahu tu tapi dah penuh. Mianhae dongsaeng ah."jawapan Jonghyun hanya menghampakan aku. Nak tanya Onew tetapi kelab dia hanya untuk lelaki. Kalau Taemin pula, hanya untuk bawahan umur. Kenapalah ada kelab guna umur ? tsk
"Then siapa yang nak terima Nana ?"
Onew memandang Key. Key pula tersengih nakal. Geram aku. Mesti dia dah pengaruh Onew. Bibirku bergerak tanpa bersuara, mengatakan tak akan. Tetapi Onew mengangguk seperti menyuruh aku masuk kelab Key.
"Tetapi.."
Onew memandangku tajam. Aku menikus melihat jelingan maut Onew. Okay kalau abang nak sangat. Nafasku ditarik panjang. "Kau macam mana, Key ? Ada tempat kosong ?" tanyaku, terpaksa.
"Penuh." Key tersengih nakal. Suka lah tu kenakan aku. "Abang sendiri dengarkan ?"Aku mencebik. " Dia gurau ajelah. Ada banyak tempat kosong kan, Key ?" Onew menepuk kepala Key.
"Yelah, bergurau aje." Key menekankan perkataan bergurau. Gurau lah sangat. Mataku membuat satu pusingan. Kemudian, Onew menolak tubuhku ke arah Key. Melampau betul !
"Sekarang, korang berdua di dalam kelab yang sama. Nana fighting !"
Aku hanya tersenyum kecil. Nasib baik dalam dewan. Kalau dekat rumah, dah lama bengkak pipi dia. Tiba-tiba aku dapat merasa sesuatu di bahuku. Tangan Key melingkari bahu aku. Aku memandangnya tajam.
"Jom pergi. Kita dah lambat. Presiden dan naib presiden tak patut lambat." ujarnya. "Jangan sentuh aku lah kambing." ucap aku sedikit berbisik. "We're couple, remember ?" ujarnya lagi sambil menyentuh hujung hidungku.
"Tak ke diorang sweet ?" tersenyum Taemin melihat aku dan Key. Semua orang hanya memandang Taemin, pelik.
" Apa ? I'm just saying duhh." Taemin mencebik.


