Monday, June 4, 2012 ϟ 0 letters
KEY POV
" APA SEMUA NI ?! " jeritan nyaring dari Onew memecah kesunyian di dalam kelas. Entah sebab apa dia datang ke kelas kitorang. Aku tersentak lantas menamatkan ciuman yang aku sendiri tak sangka. Nana dan aku memalingkan wajah ke arah Onew , serentak.
Sepantas kilat Onew menarik aku keluar dari kelas dengan muka yang marah. Aku sempat pandang Nana sekilas. Riak muka dia risau. Nana ikut melangkah keluar tetapi langkahnya mati apabila Onew memberi pandangan Jangan - ikut - kitorang.
" Kenapa kau cium adik aku ? " ujar Onew sambil kedua-dua belah tangannya menarik kolar baju aku dengan kasar.
Aku terkejut. Terkejut sangat. Nana ialah adik Onew ? Ni lawak ke ? Pandangan mata Onew tajam. Rasanya dah tembus dinding. Aku menelan air liur. Nak jawab apa ? Takkan nak cakap saja2 pula. Tak pasal-pasal melayang badan aku nanti.
" Answer me , Key. " suara Onew menerjah masuk ke dalam gegendang telinga. Setelah tiada respons dari aku , Onew seperti hilang sabarnya . " Kau pekak ke apa ?! Aku tanya kau , kenapa kau buat macam tu dekat Nana ?! " tepikan Onew hampir buat jantung aku gugur. Lebih-lebih lagi dengan pandangan matanya yang tajam.
" Err, aku .. aku .. sebenarnya kitorang .. " gagap. Aku hilang kata-kata.
" Sebenarnya apa ?! " Onew seperti singa kelaparan. Menjerit habis. " Sebenarnya kitorang couple ! " spontan aku menjawab. Alamak, habislah aku T^T Apa aku cakap ni ? Babo betul.
Onew melepaskan cengkamannya dengan perlahan. " Eh aku tak tahu pun. Sejak bila pula ? " pertanyaan Onew membuatkan dahi aku berkerut. Lama aku fikir jawapan.
" Takpelah. Maybe korang belum sedia nak cerita. Aku tahu aku spoiler, haha. Rileklah, muka kau pucat gila. " Onew tergelak kecil sambil menumbuk perlahan bahu aku.
Aku hanya senyum segaris . Kalau ikutkan hati , nak aje aku belasah Onew. Memanglah muka aku pucat, kau tempik aku. Pfft, ayam --"
" Memandangkan kau dah jadi pakwe Nana. Aku nak nasihatkan kau. Tolong jaga dan sayang Nana sepenuh hati kau. She've through alot. Janji dengan aku, kau akan buat dia ketawa 24/7 ? " ujar Onew sambil memandang aku penuh harapan.
Nampaknya, terpaksalah aku berlakon depan Onew. Harap Nana tak mengamuk bila dia tahu, hehe. " Okaylah, aku nak masuk kelas. Jumpa rehat nanti. " Onew mengenyitkan mata sebelum hilang dari pandangan.
Aku hanya mengangguk dan menghantar Onew dengan pandangan mata. Aku masih berfikir mengenai hubungan aku dengan Nana. Nak bagitahu Nana tak ? Hmm, tak payahlah. Aku akan beritahu bila tiba masa nanti.
" Kau okay ? Dia ada belasah kau ke ? Apa yang dia cakap ? " suara Nana menerjah gegendang telinga aku. Dari cara dia bertanya, dia risau. Aku hanya senyum segaris, gelabahnyaa.
" Hyung sebenarnya marah sangat pasal kiss tu. " Aku buat muka kesian. Kemudian, Nana tunduk 90 darjah " Mianhae. Dia memang macam tu. Over protective."
Aku gelak kuat. " Aku gurau jelah , sayang. " ujar aku sambil tersenyum. " Yahh ! Kau ni, buat maruah aku jatuh tahu tak ? Eee, kalau aku tahu, tak adalah sampai aku tunduk hormat. " marah. Hampir sahaja dia ingin memukul aku.
******************
NANA POV
Suasana di kafeteria sungguh menyakitkan telinga. Bising dengan kerenah para pelajar. Ada yang bergurau senda , bersembang tak ingat dunia. Gossip lah tu. Aku memegang dulang yang berisi makanan sambil mencari tempat duduk. Semuanya penuh. Haihh takkan aku nak duduk atas lantai pula.
" Nana ah, arah sini ! " Aku memandang Onew yang sedang melambai-lambaikan tangannya ke arah aku. Lantas aku melangkah ke arah meja Onew. " Eh Dara unnie pun ada ? " tanyaku sambil senyum. Dara hanya angguk tersipu malu.
Aku mengambil tempat di sebelah Dara. Ada tiga lelaki yang tidak aku kenali . Key juga duduk semeja dengan aku . Yang tak tahannya , dia duduk arah bertentangan dengan aku, menyampah.
" Hai noona , saya Taemin. " ujar lelaki yang berambut seperti cendawan. Ada wajah keanak-anakan. Comel. " Oh hai, Taemin. " tersenyum. " Bling-bling Jonghyun. " seorang lelaki menegur aku. Aku hanya tersenyum. Dia nampak teruja jumpa aku.
" Minho. " lelaki yang berwajah tenang memperkenalkan diri. Senyumannya membuatkan jantung aku berdebar lebih laju dari biasa. Tambahan pula , bau minyak wanginya menusuk hidung.
Kemudian , tangan Onew melingkari bahuku " Abang bangga sangat dengan Nana. Finally kau dah move on. " Aku menaikkan kening sebelah. Apa yang dia merepek ? " Bangga ? Kenapa ? " tanya aku. Makin lama , makin pelik abang aku ni.
Tiba-tiba , Onew berdiri di atas kerusi . " Minta perhatian , semua ! " suara Onew membuatkan semua orang terdiam . Aku hanya memandang Onew dengan tanda tanya . " Berdirinya aku disini , ingin membuat pengunguman yang sangat penting. " ujarnya lantas memandang Key.
Aku tidak mengendahkan Onew . Mulut aku bergerak-gerak , mengunyah makanan . Air muka Key pucat semacam . Spontan mata kami bertaut . Agak lama kami begitu . Tiba-tiba , bahu aku diraih Dara . Aku tersedar dari lamunan.
" Tahniah , Nana. " Dara memandang aku sambil tersenyum. Apa semua ni ? Tak faham aku. " Kenapa ? " aku memandang Dara , meminta jawapan. " Kau dengan Key lah. Tak beritahu unnie pun yang korang couple. " Dara gelak kecil. " Oh pasal tu. " ujar aku sambil menyuakan sudu yang berisi aiskrim.
" Kejap, apa ? Kitorang couple ? " Dara menangguk. " Nana dengan Key ? ". Angguk lagi. " Budak rambut kuning ni ? " Dan mengangguk lagi. Hesh , memang nak kena luku kepala budak Key ni . Sesuka hati mak bapak dia je cakap macam tu .
Aku memandang Key dengan tajam , " Apa kau cakap dekat diorang ? " . Key hanya buat muka selamba . Tak ada rasa bersalah langsung . Nafas aku turun naik , tak normal . Marah aku semakin membuak . Aku meangkat kaki berlalu keluar ke padang.


