Love Bloom
Official blog

My Sweet Enemy Part 2
Friday, June 1, 2012 ϟ 0 letters
NANA POV

Keadaan di dalam kelas memang boleh di samakan dengan keadaan di zoo. Suasana semakin riuh rendah apabila Myungsoo , ketua kelas mengumumkan bahawa guru pada waktu itu tak dapat masuk kelas. Tak tahu pula kenapa. Hmm pening kepala aku. Aku tengah excited nak belajar Chemistry. Sementara tunggu waktu pertukaran guru , aku mengeluarkan sebuah buku science fiction yang berjudul The Hunger Games. 

Sedang aku di dalam dunia aku sendiri , aku terlihat kelibat lelaki yang bersikap kurang ajar menuju ke meja yang berada di bahagian hadapan. Apa dia buat dekat sini ? Nak kacau aku lagi eh ? Aku menggenggam tangan aku dengan kuat. 

Tiba-tiba anak mata kami berlaga. Sepantas kilat aku memandang ke arah buku aku. Hati aku berdegup kencang. Pandangan dia tajam. Tak pasti dia pandang aku atau orang di belakang aku. Aku terasa sentuhan di bahu aku. Aku menoleh dan mendapati seorang perempuan berwajah keanak-anakan. 

Aku hanya melihat dia melabuhkan punggung di atas kerusi di hadapan aku. " Nama saya Hyuna. " dia memperkenalkan diri lantas tersenyum. " Nana. " jawapku ringkas dan tersenyum kembali. 

" Nice name . Secantik orangnya. " pujian Hyuna membuatkan pipi aku sedikit kemerahan . Malu bila dipuji sebegitu rupa. Belum sempat aku berterima kasih kerana memuji , Hyuna membuka mulut kembali, " Nak datang tak majlis hari jadi aku ? " sambil memintal-mintal rambut merahnya. 

" Majlis hari jadi ? Bila ? " aku menjawab soalan dengan soalan. Aku semakin rileks bersama Hyuna. Dia orang ketiga yang menegur aku. Selain Hyori dan semestinya lelaki miang tu. " Bulan depan. " Aku mengerutkan dahi. 

" Bulan depan ? Lama lagi . Sekarang awal bulan May." Hyuna tersenyum melihat aku . " Dear , aku bagitau awal2 sebab nanti susah kau nak cari baju. You know girls, hehe. Oh jangan lupa bawa boyfriend kau. " ujar Hyuna sambil mengenyitkan mata. 

Mata dia sakit sebelah ke ? Lol bila pula aku ada pakwe. " Aku mana ada pakwe. Team forever alone aku ni. " aku tergelak kecil. Muka Hyuna agak terkejut dengan status aku. " Seriously ?! Tapi kau cantik , tak kanlah. Kau memain kan ? Hesh , kau ni. " Hyuna menyiku aku sambil tergelak. 

Eh tak percaya pula budak ni. Sebelum aku memberi penjelasan lanjut mengenai status aku , tiba-tiba lelaki jahat tu menarik kerusi lalu melabuhkan punggung di sebelah aku , sambil tangannya melingkari bahu aku. " Nana ni memang suka main2 dengan orang. Hehe , akulah pakwe dunia akhirat dia." 

Aku terkejut dengan ucapan lelaki jahat tu. Kurang ajar betul !! Aku ingin membantah tetapi tangan dia laju menekup mulut aku. " Maafkan perangai Nana. Dia ni malu pula. Tuh yang jadi macam ni. " ujarnya sambil tersengih. 

Aku meronta-ronta tetapi tangannya begitu kejap. Hyuna hanya tergelak melihat perilaku kitorang. Janganlah dia percaya cakap mamat rambut kuning ni. " Okaylah kalau macam tu , nanti korang datang eh ? Kau tahukan rumah aku dekat mana Key ? " Key mengangguk sambil melihat Hyuna beredar dari meja aku. 

Aku menarik tangan lelaki yang bernama Key. Aku baru tahu nama dia u_____u Aku memberikan pandangan yang menusuk kalbu tetapi dia hanya duduk mengendahkan aku. " Kenapa kau buat macam tu, hah ? " Aku cuba menahan amarah aku. Dia memandang aku sekilas sebelum tersengih, " Rilek lah. Aku dah tolong , cakaplah thank you ke bagi kiss ke kan ? " 

Lelaki miang ni , macam manalah aku boleh ditakdirkan bertemu dengan dia ? Membara jiwa aku . " Nak sangat kiss , kiss lah tapak kasut aku ! Apahal pula kau tolong aku ? Aniaya aku adalah. " aku mendengus kasar. " Kau tahu tak , kalau perempuan tak ada boyfriend dia akan dianggap tak laku dan akan menjadi perempuan murahan dekat sekolah ini. " penjelasan Key buat aku terkedu . Sampai macam tu sekali ? Teruknya sekolah ni. Patutlah aku boleh jumpa orang macam dia.

" Kisah pula aku ? Aku lagi rela digelar tak laku daripada jadikan kau boyfriend aku. Not in the list lah bro. " aku tersenyum jahat. Aku fikirkan perang dunia keempat akan bermula tetapi ternyata tiada balasan dari pihak sebelah . 

Aku menoleh ke kiri. Hmm , patutlah dah masuk ke alam mimpi. Bajunya yang berwarna oren sesuai dengan kulitnya putihnya. Handsome. Ehh ? Ape aku fikir ni ?! 

" Aku tahulah handsome , tak payah pandang lama-lama. " Key berkata sambil matanya tertutup . Rupa-rupanya dia perasan aku memandangnya. 

" Mana ada aku kata kau handsome ! " aku meninggikan suara untuk menutup rasa gugup aku. Sejak bila aku gugup pun tak tahu." Aku tak kata pun kau kata aku handsome ! " Key memalingkan wajah ke arah aku. Aku melarikan anak mata aku. 

" Tapi kau maksudkannya right ?! " lantang aku bersuara. Kelas yang tadinya hingar bingar kembali senyap. Pelajar-pelajar melihat kitorang bertikam lidah seakan kami membuat drama. 

" Mana ada ! Kau yang perasan sendiri. " Key juga lantang. Tak nak kalah dengan aku. Kami mula berdiri. Keadaan menjadi semakin hangat. 

" Aku kata tak ! " 

" Ye, kau yang terasa ! " 

" Takk ! " 

" Yee ! " 

" TAKK !! " 

" YEEE !! "

Tiba-tiba Key menarik aku ke dalam pelukannya sebelum mencium bibir aku . Aku terkedu , tergamam dan sangat marah. Tapi entah kenapa badan aku tidak menolak . 
« Past | New »