Love Bloom
Official blog

My Sweet Enemy Part 18
Saturday, June 30, 2012 ϟ 1 letters


NANA POV

           Beberapa minit kemudian, Hyuna tiba. "Key mana?" aku tidak menjawab. Hanya menjongketkan bahu. Saje aku jawab macam tu. Tak ada mood nak bercakap. 

          "Oh. Anyway ini cousin aku. Kenalkan Lee Siu." Adakah aku salah dengar? Luluh jantung aku mendengar namanya. Aku memandang gerangan dihadapan yang sedang tersenyum. 

          Kakiku melangkah sedikit ke belakang sehingga terlanggar Key. "Kau kenapa?"tanya Key. Aku memandang Key lalu memegang tangannya. 

          "Siapa ni, Hyuna?"tanya Key sambil tersenyum. Siu juga tersenyum. "Cousin Hyuna, Siu." Seraya itu gelas yang dipegang Key terjatuh berkecai. "Serious?" tanya Key lagi sambil memandangku. Lidahku kelu. 

          Hyuna memandang pelik. "Korang ni kenapa? Macam nampak hantu. Takpelah, biar aku panggilkan orang bersihkan."sekali lagi Hyuna hilang dari pandangan. 

          Riak wajah Siu seperti tidak ada perasaan bersalah. Memori lama bermain kembali di kotak fikiran. Key cuba untuk mengatakan sesuatu tetapi dihalang aku. Kemudian aku melangkah keluar dari rumah Hyuna.  Dan seperti 2 tahun yang lepas, Siu tidak mengejar. Aku terserempak dengan Emma. Bertambah sakit hati aku. 

          Key ditinggalkan. Kakiku yang tadi berjalan kini berlari. Tanpa arah tujuan. Aku mendengar namaku dipanggil. Kepalaku menoleh. Key tercungap-cungap mengejar aku. "Tunggu." ujarnya lalu menarik nafas. 

          "Kau nak apa?" tempik aku sambil memandang tajam. "Jangan lari lagi, Nana. Kalau kau lari lagi, kenangan tu akan lebih galak mengejar kau."Key cuba untuk menenangkan aku. Cehh pandai kau berkata-kata.

          Aku tersenyum sinis. "Kau jangan nak memandai. You know nothing, Key. Pergilah balik kepada life playboy kau tu. I don't need you. Aku gembira. Sangat gembira sebelum kau muncul. Disebabkan kau, lelaki tu muncul. Sekarang baru aku sedar, aku bukan sayangkan kau tetapi benci. Aku lebih bencikan kau sekarang !" air mata laju menuruni. 

KEY POV

          Tersentak aku mendengar ayat Nana. Berdesing telinga aku. Entah kenapa aku tersentap mendengarnya. Aku terkedu. Hanya memandang Nana yang kian jauh. Untuk pertama kalinya aku menangis. Hati aku sakit. 

          Lamunanku terhenti apabila aku menyedari sebuah kereta sedang memecut ke arah Nana. Aku berlari ke arah Nana sambil memanggil namanya. Tapi Nana degil. Telinganya dipekakkan. Pandangannya dibutakan.

          Kereta itu semakin dekat dan laju. Darah membanjiri. Air mata juga laju turun. Sakit. Itu sahaja yang mampu aku rasa. Keadaan yang kecoh tidak memberi kesan kepada aku. Semua kenangan kami berlayar di fikiran. Bayang Nana menjelma. Senyumnya tidak lekang dibibir. Rambutnya bernari-nari ditiup angin. Saat itu, baru aku tersedar aku menyayanginya.

          Adakah aku terlambat? 

« Past | New »