Saturday, June 30, 2012 ϟ 0 letters
KEY POV
Enjin kereta dihidupkan. Pedal minyak ditekan. Kereta laju meluncur. Entah kenapa aku berasa marah dan geram terhadap Siu. Walaupun aku tak pernah melihat wajahnya, aku tak suka Siu. Eh salah, aku benci dia.
Kenapa dia sanggup buat macam tu pada Nana? Kalau aku jumpa mamat tu, dah aku tumbuk-tumbuk dia. Eh? Kenapa aku pula yang marah? Sejak aku kiss Nana, aku rasa lain macam. Tak tahulah macam mana nak describe perasaan ni.
Kereta diberhentikan dihadapan COEX MALL. Langkah diatur kemas menuju ke tempat yang dijanjikan. Mana pula Miho dan Nana ni?
Sementara menunggu mereka sampai, aku membetulkan tuxedo hitam milikku. Rambutku juga lebih rapi dari biasa. Pertama kali aku berasa berdebar-debar. Macam nak pergi dating je.
"Oppa!"
Aku melihat seseorang melambai-lambaikan tangannya ke arahku. Miho dan Nana mendekati aku. Mataku terpanar melihat kecantikkan Nana. Lain dari yang sebelumnya. Spontan aku mengukir senyuman.
"Woah, oppa handsome."puji Miho sambil tergelak kecil. Nana hanya mendiamkan diri disebelah Miho. Control ayu lah tu.
"Oppa, jaga unnie tau. She's precious."bisik Miho. Macam mana dia dapat tahu yang aku curi pandang ke arah Nana? Malu aku. Aku hanya mengangguk.
"Kutuk unnie lah tu."akhirnya Nana bersuara. Sedikit merajuk.
"Alaa. macam mana kau tahu weh?" usik aku sambil tersengih nakal. Nana mencebik. Miho menjegilkan mata.
"Oppa, stop teasing her." Eh bila masa pula Miho rapat dengan Nana? Kemain back up nenek kebayan. Aku pula yang merajuk.
*************
NANA POV
Kami melangkah ke arah kereta Key. Handsome aku tengok dia ni. Kemudian Key membuka pintu untuk aku sebelum masuk ke dalam kereta. Amboii gentlemennya.
"Ingatkan kita nak naik bas."aku menyindir sambil tersengih nakal. "Kenapa? Kau nak naik bas ke? Aku okey je."giliran Key pula menyindir. Matanya memandang ke hadapan lalu memandu.
"Hesh gila kau. Pakai dress tapi naik bas."aku mencebik. Malas aku nak layan mamat ni. Pandanganku dilemparkan keluar tingkap. Keadaan di dalam kereta sunyi sepi.
Kemudian aku memandang Key. Serious je muka dia bawa kereta. Tiba-tiba, pandangan Key beralih kepada aku. Anak mata kami berlaga.
"Ehem, cantik dress. Siapalah yang belikan? Mesti handsome orang tu? Kan?" ujar Key sambil tersenyum simpul. Aku mendengus geram. Memanglah dress cantik, aku yang pakai.
"Menyampah."balasku geram. "Anyway, zip seluar kau tak tutup."sambungku sambil tergelak.
Lantas mata Key jatuh ke arah seluarnya sebelum merengus. "Woi tipulah. Mana ada."
Bibirku tersengih nakal. Padan muka. Asyik aku yang kena sakat, sekarang kau pula. "1-0" ujarku sambil menjelirkan lidah. Key memandang tajam.
"Diamlah. Baru menang sekali, dah gelabah."
"Biarlah. Jealous."tidak henti-henti aku mengusik Key. Pipinya merah, menahan marah. Hilang macho. Lagipun aku bosan. Tak tahu nak buat apa dalam kereta.
"Aku selalu menang. Tak ada masa nak jealous"
********
KEY POV
Aku mengeliat. Lenguh tangan aku memandu. Hampir satu jam lebih. Akhirnya sampai juga. Aku menoleh kiri. Tidur aje nenek kebayan ni. Tanganku menggerakkan badan Nana. Tiada respond. Dah mati?
Aku mendekatkan diri dengan Nana. "Bangunlah nenek kebayan."bisikku. Mata Nana terbuka. Riak wajahnya sedikit terkejut.
"Kenapa dekat-dekat ni? Ambil kesempatan kau eh. Mentang-mentang aku pakai dress. Taekwando aku tali hitam tau." omel Nana. Merepek lah pula dia ni.
"Aish, perempuan ni. Cepat keluar. Kita dah sampai."ujarku sambil membuka pintu. Kemudian aku membuka pintu seat belakang.
"Kita dekat mana?" mata Nana liar memandang sekeliling. Cuba untuk memastikan tempat ini. Tetapi gagal.
"Lupa ke? Bulan lepas, kitakan dah janji nak pergi party Hyuna. Eee, nenek betul."bebel aku sambil membawa kotak hadiah.
"Haah. Aku lupa. Sorrylah weh."Nana melangkah keluar dari kereta. Kaki kami melangkah ke arah yang sama. Rumah Hyuna. Kemudian dia terhenti.
"Eh? Takkan kita nak pergi macam ni sahaja? Hadiah?"
Perempuan ni memang buta ke apa? Dari tadi aku pegang benda ni. "Sinilah."sambil menunjukkan kotak yang kupegang. Dia tersengih. Buat lawak tak kena tempat.
**********
"Fuyyoo, budak hotstuff datang birthday party aku!" aku tersenyum mendengar ayat yang tersembul dari bibir comel Hyuna. Keadaan rumah Hyuna amat bising dengan muzik. Dah macam kelab malam aku tengok.
"Cantiklah kau, Nana. Jealous aku. Dress ni pun cantik. Sesuai dengan kau."bertubi-tubi pujian dari Hyuna. Nana hanya menunduk malu. Pipinya sedikit kemerahan.
Selamba aku merangkul bahunya. "Tengoklah siapa yang belikan.". Hyuna seperti tidak percaya. Kemudian beralih pula memandang Nana. "Untunglah." usik Hyuna sambil menyiku Nana.
"Yeke? Biasalah jelah. Tak macam kau."balas Nana yang dari tadi mengunci mulutnya.
"Jom, aku kenalkan korang dengan cousin rapat aku. Dia baru balik dari States. Handsomee."ayat yang meluncur dari bibir Hyuna membuatkan jantungku berdebar. Riak wajah Nana juga berubah.
Aku cuba untuk menyembunyikan perasaan ini. Hyuna sudah hilang dari pandangan. "Nak menari tak?"tanyaku.
"Tak payah. Pergi ambil air."arah Nana. Aku mencebik. Ajak menari pun marah. Kakiku melangkah ke meja yang diisi pelbagai jenis juadah.
*******


