Friday, June 29, 2012 ϟ 0 letters
KEY POVSetelah aku menyerahkan Nana kepada Miho, aku melangkah ke arah sebuah teksi. Jari laju mendail nombor Onew.
"Hello? Hyung ada dekat rumah?"
********
Ketika aku melangkah masuk, Onew sudah pun berada di muka pintu. Menyambut aku dengan senyuman. "Gomawo [thanks] hyung. Jagakan kereta."ujarku.
"Key, boleh kau masuk kejap? We need to talk."nadanya kedengaran serious. Mesti perkara penting. Aku mengangguk sebelum memasuki rumahnya.
Aku mengambil tempat di hadapan Onew. Ermm lembut sofa ni. Lamunanku terhenti apabila Onew berdehem kecil.
"Hyung nak cakap pasal apa?"aku memulakan bicara.
"Nana."jawapnya ringkas. Tetapi cukup untuk membuatkan aku berdebar. Kenapa dengan Nana? Takkan dia dah tahu tentang hubungan sebenar kami? Kalau betul, memang masak aku.
"Nana dah beritahu kau mengenai masa silamnya?"tanya Onew. Matanya masih melekat ke arah aku.
"Aku hanya tahu yang dia ditinggalkan kekasihnya. Cerita sebenar, aku tak tahu."jawapku jujur. Itu pun Dara yang beritahu. Nak harapkan nenek kebayan story, sampai kiamat pun tak akan.
"Cerita dia macam ni." Aku mendengar dengan teliti. Satu persatu rahsia Nana terbongkar.
-flashback-
15 Julai 2009.
Hari itu merupakan hari ulang tahun mereka. Dari petang hinggalah ke malam, Nana sibuk di dapur. Sibuk membuat kek keju kesukaan mereka. Sambil tangan bergerak ke sana ke sini, bibirnya menyanyikan lagu dengan riang. Tidak sabar untuk menyambut.
Setelah siap membakar kek, dia bersiap-siap. Rancangnya, ingin membuat kejutan kepada Siu. Setelah selesai, dia menghidupkan enjin kereta lalu memandu ke rumah Siu.
Nana memasuki perkarangan rumah Siu. Pintu berkunci. Dia mengambil kunci ganti di bawah pasu. Memang Siu selalu letak disitu.
Perlahan kakinya melangkah masuk. Sunyi. Kotak berwarna hijau yang berisi kek di letakkan di atas meja. Mata masih mencari kelibat Siu.
Nana mula memanjat tangga. Mungkin dia mandi atau tidur, fikirnya. Pintu dikuak perlahan. Jantung berdebar laju. Tidak mengetahui apa yang bakal terjadi.
Senyuman yang dari tadi terukir kini hilang. Kelihatan dua susuk tubuh badan. Siu dan Emma?
Hati bagaikan dicarik-carik. Nafasnya tidak menentu. Mulut terkunci. Air mata turun dengan laju. Kepala terasa sakit seperti dihentak kuat.
"Sayang its not what you think. We didn't do anything."ujar Siu yang tidak berbaju itu. Emma pula hanya berdiri kaku di tepi katil.
Nana tersenyum sinis. "Didn't do anything? Seriously? Kau shirtless and Emma hanya berselimut. Sleep together. On the same bed. Still didnt do anything? Wow. Amazing."
Siu cuba menerangkan segalanya tetapi dihalang Nana. Emma pula hanya menangis, mengharapkan Nana memaafkan mereka.
"Apa salah Nana? Sampai korang buat semua ni?" air mata masih laju menuruni. Hati semakin sakit.
"Now. We are so over. I do not need you anymore. And happy anniversary. Thanks for everything, guys."
Kaki berlari menuruni anak tangga. Hampir tersungkur. Siu mengejar tetapi ditahan Emma. Hanya mengiringi permergian Nana dengan anak mata.
Enjin kereta dihidupkan. Nana memecut keluar dari rumah Siu. Tidak menuju ke rumah. Tanpa arah tujuan, dia terus memecut. Kejadian tadi bermain di kotak fikirannya.
Tangan laju mencari kotak rokok miliknya. Bertahun dia berhenti. Sepuntung rokok dihisap. Berkepul-kepul asap keluar dari mulutnya. Telefon tidak henti berbunyi.
Kereta diberhentikan ditepi jalan. Nana menangis sepuas hati. Telefonnya dicampak keluar. Keluhan berat dilepaskan. Keretanya kembali memecut. Kini dia mempunyai arah.
Satu sahaja yang difikirnya, Onew.
*******
3 December 2009
Nana menjadi semakin teruk selepas dia pindah ke Korea. Dia hanya mengurungkan diri di dalam bilik. Tidak makan dan minum. Bibirnya pula tidak lekang dari menghembuskan asap rokok.
Pada sebelah malam pula, dia akan curi keluar dan merayau sehinggalah pagi. Hidupnya tidak menentu. Dia seperti hilang semangat untuk hidup. Sering kali dia menangis seorang diri kemudian menjerit-jerit di dalam bilik. Onew terpaksa memecahkan pintu untuk menenangkan dia.
14 April 2010
Dara terpaksa masuk campur. Dialah yang selalu menemani dan menasihati Nana. Sehinggalah satu hari dia mendapat semangat baru.
"you're afraid to tell people how you feel because it will destory them, so you bury it deep inside yourself where it destroys you" ujar Dara. Berlinang air matanya.
"Tersenyum bukan sahaja membuatkan Nana gembira, tetapi juga membuktikan yang Nana kuat." sambung Dara perlahan sambil mengusap lembut rambut Nana.
Nana mengusap air mata Dara sambil tersenyum. "I'm strong enough. I'll show the world what I've got."
- end flashback -
*****


