Friday, June 29, 2012 ϟ 0 letters
NANA POV
Bibir kecilku tersengih nakal. Sebenarnya aku sengaja nak tengok reaksi Key apabila aku memilih dress yang tak cukup kain tu. Kemain dia suruh aku tukar. Malu lettew.
Tak nak mengaku pula dia. Tapikan, mimpi apa dia datang rumah awal pagi? Semata-mata nak belikan dress untuk aku? Oh please, dia bukan jenis macam tu. Mesti ada something yang dia plan.
Aku mengatur langkah ke arah kaunter. “Miss, berapa dress yang tadi?” tanyaku sambil tangan ligat mencari purse.
“Eh, suami puan dah bayarkan tadi.”kata-kata yang meluncur dari bibir merah cashier itu membuatkan dahiku berkerut seribu. Suami? Bila pula aku kahwin? Belajar pun tak habis lagi.
“Dia menuju ke arah kiri.”jelas cashier tanpa diminta. Aku hanya mengangguk sambil tersenyum sebelum mencari ‘suami’ aku.
Hati aku mula berbunga-bunga. Mesti handsome dan baik lelaki yang nak pikat aku tu. Dahlah bayarkan dress, mengaku jadi suami aku pula. Hee :)
Tak macam Key. Boleh pula dia tinggalkan aku. Hesh! Mata aku melilau mencari lelaki yang dimaksudkan.
“Yah, kau cari siapa? Cepatlah!”
Laju kepala aku menoleh ke kiri. Key? Hmm, aku malas nak gaduh dengan dia. Nak cari ‘suami’ aku. Siapa eh?
“Kalau kau cari dress tadi, ni ambik.”ujar Key sambil menghulurkan plastic bag. Aku memandang hairan. Macam mana boleh ada dekat tangan dia? Key dah jumpa ‘suami’ aku ke? Minho oppa eh?
“Nak ke tak nak?” lamunan aku terhenti. Plastik beg masih lagi tidak bersambut. “Macam mana kau dapat dress ni?”tanyaku.
Key memandang aku hairan. “Macam mana? Aku kan yang pilih dress ni. Mabuk ke kau?”jawap Key.
“Hesh, aku tahulah kau yang pilih. Tetapi siapa yang bayar?”marah aku.Lambat betul otak kambing ni berjalan.
“Akulah.”
Bergetar jantung aku. Telinga aku salah dengar ke? Key bayarkan? Macam kelakar je.
“Yeke?” tanyaku lagi. Masih lagi tidak pasti dengan jawapan Key. “Eh betul lah. Kenapa pula? Takpe kau tak payah bayar balik, my treat.”
Terkejut gorilla aku mendengar penjelasan Key. Kemudian dia merangkul tanganku. Aku ingin melepaskan tanganku tetapi pegangannya begitu kejap.
“Apa kau cakap dengan cashier tu?” soalku. Aku masih tak dapat menerima kenyataan yang Key bayarkan untuk aku. Bukan tu sahaja, dia menggelarkan dirinya suamiku. Apa maksudnya?
Mata Key dikecilkan. Seperti sedang memikirkan jawapan. “Mana ada apa-apa.”
Bibirku mencebik. Dah agak. Jawapan yang dia beri pasti tidak memuaskan hati. Tanganku menepuk lengan Key.
“Baik kau beritahu yang sebenarnya.”jariku menuding ke arah Key. Kedengaran suaranya merungut perlahan.
“Yela-yela. Aku beritahu yang kau isteri aku. Puas hati?”jawapnya sambil memuncungkan bibir.
Sekali lagi jantungku terasa seperti hendak jatuh. Hatiku resah gelisah. Dua perasaan bercampur. Tak pasti dengan perasaan ini.
Aku rasa ingin marah tetapi jauh di sudut hati ini begitu gembira dengan kata-kata Key. Aku hanya mendiamkan diri.
Tiba-tiba, telefon Key berdering, minta untuk dijawab. Key memandang skrin telefon dan berjalan sedikit jauh dengan aku. Cehh macam rahsia sangat.
Walaupun jarak kami agak jauh, tetapi suara dia begitu kuat. Baik tak payah pergi jauh-jauh.
“Hello sayang. Dekat mana? Oppa dah sampai. Ye, dekat tempat biasa. Kbai.”dia mematikan panggilan. Lalu mendekati aku.
Menyemak ajelah. Pergilah dengan buah hati kesayangan dia tu. Hesh!
"Key oppa~"
Kemudian kelibat seorang perempuan menuju ke arah kami. Mereka berpelukan.
Eh? Tak nampak ke aku dekat sini? Forever alone ni. Semua mata memandang kami bertiga. Mesti diorang pelik. Tadi Key dengan aku, sekarang dengan perempuan yang entah siapa ni. Aku jealous ke?
"Miho ah, lambat lah kau."rajuk Key sambil menghentak kaki. Eh fikir dia budak kecil ke apa?
"Alaa, rilek lah oppa. Tadi jam lah."jelas Miho.
Kemudian mereka mendekati aku. Miho memperkenalkan diri. Aku hanya tersenyum memandangkan Miho sudah tahu nama aku. Mesti Key yang beritahu. Entah-entah dia kutuk aku.
"So, kita jumpa pada pukul 8?"tany Key sambil memandang jam sekilas. Miho mengangguk. Aku pula terpinga-pinga. Pukul 8 apa pula ni? Hesh menyampah betul dengan orang yang berahsia-rahsia ni.
Key melangkah pergi manakala Miho memegang tanganku sambil bergerak ke arah yang berlainan. Kita nak pergi mana? Kami masuk ke dalam sebuah bilik yang sunyi. Hanya ada alatan solek dan pelbagai jenis dress.
"Unnie duduk sini." aku hanya menurut.
Tangannya mula menari pada permukaan mukaku. Meletakkan bedak? Pandanganku berpaling ke arah Miho. Kening diangkat.Minta penjelasan.
"Key oppa suruh saya make upkan unnie."ujar Miho seakan faham renunganku. Key suruh buat? Kenapa? Apa yang dia plan?
Hesh. Tak sukalah macam ni. Rimas. Aku berdiri sambil menepis tangannya. Miho sedikit tersentak dengan perbuatan aku.
"Aku tak sukalah bersolek-solek ni. Macam patung nanti. I'm not a faker. Lagipun aku tak kenal kau."kataku kasar.
"Unnie jangan salah faham. Saya adik Key. Dia yang arahkan saya untuk mengubah penampilan unnie."jelasnya panjang sambil cuba menyentuh tanganku.
Aku tersenyum sinis. Pandai pula Key upah orang untuk menipu aku. Mesti Key nak balas dendam dengan aku. Kakiku melangkah keluar.
"Unnie! Please don't leave. Saya hanya menolong. Please unnie, kali ini sahaja. Dengar cakap Key."sambungya lagi. Kali ini dengan nada rayuan. Matanya masih memandangku.
Kesian pula aku tengok dia ni. Bersungguh-sungguh nak pujuk aku. Aku melepaskan keluhan. "Fine. But no heavy make up."
Miho mengangkat kepala. Matanya bersinar-sinar. Bibir terukir senyuman. Senyumannya mengingatkan aku kepada Key. Hampir sama cuma Miho mempunyai lesung pipit.
Aku mengekori langkah Miho. Dia mula menjalankan tugasnya. Aku hanya menutup mata. Miho sudah memberi amaran agar jangan membuka mata selagi tidak siap. Haihh perlu ke tutup mata bagai?
*********


