Love Bloom
Official blog

My Sweet Enemy Part 14
Wednesday, June 20, 2012 ϟ 2 letters



NANA POV

"Huh? Tak ada apa-apa. Jomlah." ajak aku. Key memaut tanganku sambil melihat deretan kedai. Bersinar-sinar mata Key tengok. Cantik-cantik baju dekat sini. Kaki aku melangkah masuk salah satu kedai. 

Tangan dan mata Key mula menjalankan tugas mereka. Key mula memilih pelbagai baju. Aku hanya mengekori dari belakang. 

"Key, kau ni mabuk ke? Ni tempat perempuan. Bahagian lelaki dekat sana."tegur aku sambil memandang Key hairan. 

Key mengangkat muka "Suka hati akulah. Kau diam je. Aku tengah fokus ni. Hmm. Nah, ambil baju ni." dia menghulurkan sepasang dress

"Eh kenapa pula bagi aku? Kau yang nak shopping? Lagipun encik kambing, aku tak suka pakai dress ni."ujar aku sambil memandangnya tajam. 

Key mencebik."Cepatlah, try baju ni. Kita tak ada banyak masa." Aku menyilangkan tangan. Eh suka-suka dia aje suruh pakai baju ni? Tiba-tiba pula tu. 

"Jeoldae andwae [absolutely not] Its not my style." bantah aku. Aku ingin beredar tapi pantas tangan Key menarik. Mata kami bertaut.

"Habis tu, kau nak pakai outfit kau yang pelik tu? Eee tu lagi tak ada style."

"Amboii..."Tanganku mencekak pinggang sambil memandangnya tajam. "Kemain kau kutuk style aku. Suka hati aku lah nak pakai apa. Kau kisah apa?"

Key merengus. Eh eh marah pula dia. "Better kau pakai cepat. Kalau takk.."dia tersenyum sinis.

Langkahnya semakin mendekati aku. Spontan aku bergerak ke belakang. Hesh, dia nak buat apa pula ni?

Matanya masih memandang aku. Pandangan bermakna. Pantas aku melarikan anak mata.

"Apa? Tak takut lah." ucapku sambil menjelir lidah. Walhal jantung nak meletup. Aku cuba menutup perasaan gemuruh.

"Kau yang paksa aku buat macam ni."Lantas tanganku disentap kuat dan badanku ditolak masuk ke dalam fitting room.

Aku sedikit tersentak dengan tindakannya itu. Jantung bagaikan mahu meletup. Tanganku sejuk. Perasaan risau mula timbul. Langkahku terhenti apabila badanku bersandar di dinding. Alamak, macam mana nak keluar? Bilik ni kecil pula. Kedua-dua tangan Key melekap di dinding. Senyumannya sinis.

"Err kauu kau nak buat apa ni? Janganlah rogol aku. Aku.. aku tak ready lagi nak ada anak. Lagi-lagi, bapa dia ialah kau. Kau bukannnya nak bertanggungjawab pun nanti."

  PANGG!

  "Woi, sakitlah!" spontan aku merungut sambil memegang pipi aku yang kemerahan. Ceh. 

"Apa yang kau merepek ni? Aku rogol kau? Eee, please lah. Tengok kau pun tak ada nafsu k?" jelas Key. 

Mana lah aku tahu. Cuba bayangkan. Dua orang berlainan jantina di dalam bilik yang kecil ni. If you know what I mean ;)

"Oh yeke? Ish, kau ni. Buat terkejut aje lah." balasku sambil memandang tajam. Menyampah bila dipermainkan sebegitu. 

"Aku nak kau try baju ni. Kalau tak, aku akan buat apa yang kau fikir tadi." ujarnya sambil memberi dress. Aku mencebik. Tak habis-habis dengan dress. Nak buat apa?

Aku menghelakan nafas kasar. "Fine."Dress ditarik kasar. Aku hampir sahaja ingin menanggalkan baju sebelum aku menyedari sesuatu. 

"Kau buat apa lagi dekat sini?!" jerit aku. Key hanya berdiri sambil tersengih memandang aku. Silap hari bulan, mahu sahaja kepala Key dicepuk kuat. 

"Eh terlupa pula. Mana tahu kau tak nak cuba pakaian tu. Boleh kita buat anak." selamba sahaja kata-kata itu meluncur dari mulutnya. Terjegil biji mata aku. 

Laju tangan aku menyentuh kuat pipi Key. "Pervert."balas aku sebelum menutup pintu. 

KEY POV

Tangan aku masih lagi mengusap perlahan pipi bersihku. Tahu lah tadi aku tampar dia, nak balas dendam lah tu. "Aku gurau lah!" jeritku dari luar. Kemudian, pintu fitting room diketuk kuat dari dalam. Terkejut aku. 

************

Jam di pergelangan tangan dipandang sekilas. Hei bertahun pula perempuan ni. Kemudian, pintu dikuak perlahan. Tak berkelip mataku memandang gerangan dihadapan. 

"Apa pandang-pandang?"suara Nana menyergah gegendang telinga aku. Cepat-cepat aku tersedar dari lamunan. Aku berdehem perlahan. Terserlah kecantikan Nana. 

"Buruklah. Kau try yang ni."

"Eh, okay apa. Comel lah aku."lembut Nana bersuara sambil membuat reaksi comel di hadapan cermin. Timbul pula kemahuan ingin mencubit pipi gebunya. Tapi ditahan. 

"Okay kau cakap? Warna tu buat kau nampak buncit tahu tak? Entah anak siapa dalam tu."selamba sahaja aku mengata Nana. Aku suka tengok dia marah.

Aku tahu aku akan menerima jelingan tajam dari Nana. "Sebelum aku tampar pipi kau lagi, baik kau bagi dress tu!" Kan aku dah kata, comel je muka dia. Ayat dia pun comel. Eh? Kenapa aku asyik cakap dia comel? .__.

Tanganku menghulurkan dress yang aku pilih. Kasar tangan Nana menarik. "Jangan lama, kalau tak aku pecahkan pintu."aku tersengih nakal.

    BAMM!

Pintu ditutup kuat. Spontan aku memegang dada. "Eee, terkejut aku. Kalau pintu tercabut, tak pasal-pasal aku yang kena ganti." bebel aku.

Beberapa detik kemudian, Nana keluar dengan pakaian tadi. Terbeliak mata aku. Rahang aku pun rasanya hampir jatuh. Cepat-cepat aku menutup mulut. Seksinyaa.

"Tak. Pergi tukar yang lain." ujarku sambil menghulurkan lagi sepasang dress

Nana mencebik. "Tak nak! Aku nak pakai yang ni. Menarik dan tertarik."balasnya. 

"Tak boleh!"

"Kenapa? Aku yang nak pakai right?"

"No and never."

"Still I want this."

"Duit aku kan? Kau ikut cakap aku."

"Aku.."belum sempat Nana menghabiskan ayatnya. Pantas tangan aku menolak masuk fitting room. Aku dapat dengar bebelan Nana dari luar. Kekeke~

Aku pun tak tahu kenapa aku menghalang dia memakai dress tu. Mungkin terlalu terdedah. Nanti dia sejuk, tak memasal aku yang kena hantar klinik. Ye sebab tu. Tapi kenapa perasaan risau dan takut bergabung menjadi satu? Seolah-olah nanti ramai lelaki yang akan memikatnya. Hesh tak akanlah. No can do. 

Kemudian Nana melangkah keluar dengan muka yang masam. Merajuk lah pula. Macam budak kecil. 

"Ni baru okay wehh. Cun cun!" puji aku. Tapi lebih kepada ingin memujuk dia. 

"Ni mesti ada kutu disebalik rambut ni. Baik semacam aje."Nana mencerunkan mata memandang aku. Matanya dikecilkan. Eh tak percaya pula. 

"Aku ikhlas lah. Aku berjiwa tulus, suci dan murni hehe. Dah, pergi tukar balik style kau yang 'awesome' tuh." aku mengalihkan topik.

Nana mendegus kasar. "Tak habis-habis kutuk baju aku."bebelnya sebelum menukar baju di fitting room. 

Aku menyusun langkah ke kaunter sambil tersengih kambing. Suka betul aku menyakat Nana.

"Cik, saya nak bayar untuk dress yang saya pilih tadi."duit yang aku hulurkan bertukar tangan. Manis cashier tu tersenyum.

"Siapa tu, encik? Girlfriend eh?" soalan tu laju meluncur dari bibir cashier. Mungkin dia ni peramah. 

"Taklah, dia isteri saya. Lawakan?" tenang aku menjawab. Entah kenapa aku menjawab macam tu. Hesh aku ni dah kena mandrem dek Nana agaknya. 

Cashier itu hanya mengangguk setuju. Aku mengambil plastik bag yang berisi dress.

"Saya tahu tu." ujarku tersenyum lalu melangkah keluar. 


« Past | New »