Monday, June 18, 2012 ϟ 0 letters
NANA POV
"Yah tak payah lah nak rahsia-rahsia sangat. Beritahu ajelah." ujar aku. Tangan aku masih ditarik Key. Mungkin dia takut aku akan melarikan diri. Yeah siapa yang tak nak lari daripada kambing ni? Tengok tu, boleh pula dia ignore aku.
"Eh kita naik bas? Tapii.." Belum sempat aku menghabiskan ayat aku, tangan aku ditarik masuk ke dalam bas. Tempat duduk dipenuhi orang dari pelbagai usia. Aku mengeluh. Terpaksalah berdiri. Bas mula bergerak.
"Kaulah punca aku berdiri -,-" aku masih lagi tak puas hati dengan dia. Selepas apa yang dia buat. Bila ingatkan balik, nak saje aku jerit dekat dia. "Talk to the hand." sambil menjelirkan lidah. Aku mencebik.
Pandanganku dialihkan ke luar tingkap. Agaknya Key nak bawa aku pergi mana? Perangai Key bukannya boleh diramal. Semuanya di luar dugaan. Macam hari hujan tu. Dia curi basikal budak sekolah rendah yang tak bersalah. Agaknya macam mana budak tu balik rumah?
Bas berhenti secara mengejut. Ramai penumpang yang agak terkejut. Dan ada yang hampir terjatuh dan itu ialah aku. Siapa suruh berangan? Tapi yang tak boleh blah, Key tangkap aku. Anak mata dia memandang terus ke arah aku. Keadaan menjadi kekok.
"Kau okay?"pertanyaan Key mematikan lamunan aku. Cepat-cepat aku berdiri."Yeah, a-aku o-kay."gagap.
Kemudian Key memeluk aku. "Jangan risau, aku akan lindungi kau." Lidahku kelu. Kan aku dah kata, mesti dia akan buat di luar dugaan. Macam sekarang, tak pasal-pasal jantung aku berdegup laju dari biasa.
Aku masih di dalam dakapan Key. Tak tahu kenapa aku tak menolak dia seperti biasa. Mungkinkah aku ...? Hesh jangan fikir macam tu Nana. Kau tak akan ada perasaan macam tu.
Kemudian, aku terdengar pelbagai bisikan di dalam bas. "Yah Key, kau dengar tak?"suara aku diperlahankan. Key memandang aku,"Dengar apa?"
"Mereka. Berbisik. Dan ianya tentang kita."balasku. Takkan Key tak dengar. "Apa yang mereka bisikkan?"tanya Key, hairan. Rasanya dia ada masalah telinga. Kalau aku boleh dengar, takkan Key tak boleh.
"Mereka cakap kita ni couple."jawapku. Aku dapat merasakan pipiku sedikit kemerahan. Entah kenapa aku rasa malu mengatakan itu.
"Ye ke?" mata Key kini beralih ke arah penumpang, "Yeah, korang memang betul. She's my everything."
Bergetar jiwa aku mendengar ayat Key. Sekali lagi aku tergamam apabila Key melabuhkan bibir di dahiku. Reaksi aku seperti terkena renjatan elektrik. Keadaan di sekeliling mula kecoh. Ada juga yang tumpang bahagia dengan kami.
"Whoa, awak sangat bertuah."puji salah seorang perempuan tua. "Ne, halmeoni [grandma]."Aku tertunduk malu. Key hanya tergelak kecil. Bibir aku dicebik. Laju tangan aku mencubit pinggang Key.
"Oww~" rungut Key sambil menggosok pinggangnya. Aku hanya tersengih nakal. Padan muka! Siapa suruh kenakan aku?
Hampir setengah jam berada dalam bas. Dan kami dihujani pelbagai soalan dan pujian. Aku hanya mendiamkan diri manakala Key yang melayan karenah mereka. Manis betul mulut dia kelentong mereka. Ada ke patut dia cakap yang kami yang bertunang bulan depan. Yang paling tak tahannya, dia cakap aku nak anak 3. Panas muka aku.
Akhirnya kaki aku menjejak ke tanah. Kami melangkah ke COEX Mall. "Kita nak pergi shopping?"tanyaku, sambil memandang Key.
"Yeah. Jomlah. Mesti ada banyak sales."ujarnya dengan gembira. Teruja betul bila ada sales. "Macam perempuan."ujarku, perlahan.
"Kau cakap apa?"terkejut aku dengan pertanyaan Key. "Huh? Tak ada apa-apa. Jomlah." Macam mana dia boleh dengar aku?


