Love Bloom
Official blog

My Sweet Enemy Part 12
Monday, June 18, 2012 ϟ 0 letters




KEY POV

Aku melangkah perlahan ke dalam bilik Nana. Tombol pintu dipulas. Aku mendekati objek yang berada di atas katil. Tidur lagi ? Aku berasa senang melihat wajahnya yang tenang ketika tidur. Rindu sangat. Hampir sebulan kami tidak bersua sejak peristiwa udang tu. Dia seperti mengelakkan diri dari aku. Jam tangan dipandang sekilas. Pukul 10 tapi anak dara ni tak bangun-bangun lagi. Kemudian aku tersengih nakal.

"Yah Kim Nana ! Bangun sekarang !" 

Nana mengerutkan dahi tapi matanya masih lagi ditutup. Memang degil budak ni. Aku mula menarik selimut. Tapi dia menariknya kembali. "5 minit lagi." ujarnya lalu berselubung dengan selimutnya. Aku mencebik. Bibirku didekatkan ke telinga Nana.

"Aku kata bangun !" 

Automatik Nana buka mata dan berdiri. Terkejut dengan jeritan aku. Pandangan matanya tertumpu kepada aku. "What. Are. You. Doing. In. My. Room. Key ?!"

Bibirku tersengih nakal. "Nak kejutkan budak perempuan yang pemalas."ujarku, selamba sambil menyilangkan tangan. "Aku tak kisah. Aku tak perlukan bantuan kau. Now get out!" jeritnya sambil membaling sebiji bantal.

Pantas aku mengelak. Aku menjelirkan lidah. "Tak kena !" Nana semakin marah. Dah macam gorilla, haha. Tangannya mula laju membaling segala barang yang ada ke arah aku. Dan seperti biasa, the Almighty Key dapat mengelak. 

"Keluarlah, kambing!"

"Eh nenek kebayan, aku datang sini sebab nak kejutkan kau. Kau senang-senang aje halau aku. Amboii!" aku mencekak pinggang. 

"Apa ?! Nenek kebayan?! Kau tu kambing!"

"Apa? Eh sorry sikit. Kau tu yang belum mandi lagi. Rambut dah macam orang gila. Dah macam gorilla terlepas kandang tahu tak! Nenek kebayan !"

Nana tersengih nakal. "Then you're messing with the wrong nenek kebayan!" tangannya mula menarik rambut aku. Sakit ! Ganas betul dia ni.

"Jangan sentuh rambut aku!" aku juga tidak ketinggalan menarik rambut Nana. 

"Padan muka, kambing!"


ONEW POV

Sementara aku melihat rancangan masakan. Yeah ada ayam hehe. Telinga aku terdengar buyi bising dari atas. Kenapa dengan diorang ? Kaki aku melangkah ke atas, menaiki tangga. Aku masuk ke bilik Nana.

"Korang! Berhenti !"

Aku diabaikan. Key dan Nana asyik menarik rambut dan mengutuk sesama sendiri. Apa nak jadi lah dengan diorang ni ? 

"Kambing yang suka menyibuk!"

"Eh kau lah nenek kebayan! Or should I call gorilla ?!"

"Kambing gila!"

"Nenek kebayan busuk!"

Tak boleh jadi ni. Makin dibiarkan, makin teruk pula. Aku menarik nafas panjang. "Berhenti! Key! Nana !"

Dan seperti biasa, aku tidak dihiraukan. Malah mereka semakin galak bergaduh. Dan pergaduhan mereka berlanjut di atas lantai. Berguling-guling sambil menarik rambut. Sehingga mereka terlanggar aku. Ini dah melampau !

"Berani korang tolak aku!"nafas aku tidak normal. Turun naik. Marah aku tak dapat dibendung. "Aku kata berhenti!! Both of you!!" jerit aku. Aku rasa jiran punya jiran boleh dengar jeritan aku. Mereka berhenti bergaduh dan berdiri tegak. Tahu takut. 

"Aku tak tahu apa yang berlaku tapi aku amat pasti yang korang berdua cukup matang untuk bergaduh macam ni. Key, downstairs now ! Nana, mandi dan downstairs !"

Mereka berdua mula mengambil haluan masing-masing. Laju aje bergerak. Baru tahu macam mana aku marah. Mencabar betul budak dua orang ni. Entah macam mana boleh end up together. Lama-lama, boleh gila aku !


NANA POV

"Ni semua salah kau."aku berbisik. "Kau" Key berbisik kembali sambil menjelirkan lidah. Aku mencebik. Onew hanya memandang kami. Takut pula aku dipandang sebegitu. 

"Okay, siapa yang mulakan dulu?"

Aku dan Key mula menyalahkan sesama sendiri. Eh memang salah dia kan ? Siapa suruh masuk bilik perempuan yang tengah tidur. Kalau dia buat something bad macam mana ? Hesh, menyampah aku. Ingatkan sebulan tak jumpa dia, boleh tenang hidup. Rupanya makin sengsara. 

"Okay okay. Berhenti ! Nana, its your fault. Key datang awal pagi tetapi kau tak hargai dia. Sebaliknya kau mengutuk dia. Abang tak kisah cara kau minta maaf. Yang penting, kau mengaku kesalahan kau. Abang nak naik atas. Jangan bergaduh ! Aku dengar aje, aku bakar dua orang ni. "

Selepas Onew meninggalkan kami, aku hanya mencebik. Aku tak percaya yang dia boleh menyalahkan aku. Key masih tersenyum kambing. Nama pun kambing, senyum pun macam kambing. 

"Cepatlah!"

"Apa?"

"Minta maaf dekat aku.hehe"

"Mianhae."

"Aku tak dengar~"

Aku mencebik. Mula lah tu nak kerjakan aku. "Mianhae, Key oppa."aku tersenyum. Senyuman paksa. 

"Ada lagi."Keningku dinaikkan sebelah. "Kau nak apa?"

Key menunjukkan pipinya."Dekat sini juga."ujarnya sambil tersengih nakal. Aku mencebik sambil mengatakan tidak. Seriously, kiss dia? Boleh kena virus gila nanti. Tak ingin aku mencemarkan bibir comel aku.

"Kalau tak, aku akan panggil Onew hyung." Cehh, main ugut-ugut pula dia. "Panggil lah. Tak takut pun dengan ayam tu. " sambil menyilangkan tangan. Err sebenarnya aku takut. Tak pasal-pasal aku kena bakar dek Onew. 

"Betul ni? Aku kira sampai tiga. One, two, thr...." Laju aku mencium pipinya. Dia tergelak kecil.  Eee menyampahnya aku. 

"Puas hati?" kataku sambil mencebik. "Mestilah. Now let's go." Key menarik tangan aku. Hampir sahaja aku terjatuh. Hesh !

"Pergi mana?"

"Rahsia." Key tersengih nakal. 
« Past | New »