Love Bloom
Official blog

My Sweet Enemy Part 11
Monday, June 18, 2012 ϟ 0 letters


 MINHO POV

Kami melangkah ke tempat Shinee. Aku boleh nampak ada sedikit kekaguman di wajah Nana. Aku menguntumkan senyuman melihat reaksinya. Tempat ini atau lebih senang, banglo ini milik Jonghyun. Ya, dia memang anak orang kaya. Bakal pemilik syarikat terbesar di Seoul. Pelbagai kemewahan yang diberikan kepada dia. 

Setelah kumpulan Shinee ditubuhkan, dia mengambil keputusan untuk menjadikan rumah ini sebagai tempat persendirian Shinee. Walaupun kami mempunyai rumah sendiri, tetapi kami boleh tinggal di sini bila-bila masa sahaja. Buat macam rumah sendiri. Dah nama pun tempat Shinee. Banyak rahsia dan kenangan di sini. Mungkin sebab itu, kami jarang dan rasanya tak pernah menjemput tetamu ke sini. 

Telinga aku terdengar kekecohan dari arah banglo. "Taemin ! Taemin !" teriakan dari Onew memecahkan kesunyian. Entah kenapa tiba-tiba menjerit. Dia mendekati kami. "Korang ada nampak Taemin tak ?"tanya Onew. 

Aku hanya menggeleng. Onew melepaskan keluhan berat. "Dia curi ayam aku. Ayam kegemaran aku."jelasnya tanpa dipinta. Terserlah kesedihannya. Nana mengusap perlahan kepala Onew. Seakan memujuk.

"Gwanchana, nanti Nana belikan yang baru, okay? Macam mana dengan KFC?"Onew mengangkat muka. Mengukir senyuman lebar sambil mengangguk laju. Suka lah tu kalau orang belanja.

"Biar aku yang belikan. Nana masuklah dulu."ujar Jonghyun lalu mengatur langkah ke restoran KFC.

Aku mengiringi Nana masuk ke banglo. Sekali lagi dia kagum dengan isi banglo itu. Keadaan sangat sunyi. "Mana yang lain?"Nana bersuara. "Maksud kau, Key?"pertanyaan Nana dijawab dengan pertanyaan. Aku tahu aku akan menerima jelingan tajam dari Nana.

Aku tersenyum manis. "Rileklah, tak lama lagi bising lah tu."ujar aku sambil memaut bahu Nana.Tiba-tiba, hidungku terbau sesuatu yang harum. Bau seperti makanan ! Perut aku mula berkeroncong. Kaki aku melangkah mengikut bau itu. Nana hanya mengekori.

Kelibat Key sedang sibuk menyiapkan makanan tengah hari. "Minho ah, pergi sediakan pinggan dan cawan. Makanan hampir siap." ujarnya tanpa memandang kami sambil tangannya laju memotong sayur-sayuran. Kemudian, bebola matanya beralih kepada peganganku. Tangan aku masih kemas memaut bahu Nana. Laju dia menepis tanganku. 

"Don't touch my precious Nana." 

Nana hanya memandangnya tajam. Aku mengangkat tangan tanda surrender. Aku mula sibuk menyediakan meja bagi makan tengah hari. 

NANA POV

Aku juga tidak ketinggalan menolong mereka. Aku masih marah dengan reaksi Key. Minho hanya letak tangan di bahu aku sahaja. Itu pun nak marah. Belum lagi kalau Minho kiss aku, silap hari bulan meletup rumah ni, haha. 

Akhirnya semua persediaan telah dilakukan. Kami mula mengambil tempat. Minho mengambil tempat di sebelah aku manakala Key seperti biasa, bertentangan dengan aku. Jonghyun pun dah balik dengan dua plastik berisi ayam KFC seperti yang dijanjikan. 

"Omoo, nampak sedaplah."puji Jonghyun sambil tangannya ingin mencubit daging. Tetapi tangan Key laju menepuk tangannya. "Basuh tangan dulu."Jonghyun mencebik. Lalu menujuk ke sinki. Sekarang ni, tinggal abang dan Taemin sahaja. Baru boleh mula makan.

Tiba-tiba, Taemin berlari kelilling meja makan, "I wanna pee! I wanna pee!"Keadaan di meja makan kecoh dengan jeritan Taemin. Aku hanya tergelak kecil. "Aigoo Taeminnie, kalau nak buang air pergilah tandas. Bukannya jauh."ujar Key.

"Aku tahu. Tapi aku takut Onew hyung akan tutup lampu sebab aku curi ayam dia"jelasnya sambil memandang ke lantai. Telinga aku menangkap ucapan Jonghyun 'Babo' sebelum dia tersengih nakal. Key juga tergelak. Kelakar melihat Taemin. 

"Pergi aje. Omma akan pastikan Onew tak akan berani buat."kata Key. Apa ? Omma ? Keningku bercantum. Lagi pelik bila Taemin membalas "Gomawo, omma." Key-omma ? Pfftt boleh gelak berguling aku. 

"Kenapa dia panggil kau 'omma' ? Menakutkan lah." tanyaku. Key menjongket bahu sebelum menjawab "Molla, mungkin ada 'omma' dalam diri aku. Well, aku boleh masak and I took a good care of them."jelasnya. Aku hanya mencebik.

"Onew ah, makanan dah siap ! KFC pun ada !"Laju sahaja Onew berlari lantas mengambil bahagian peha ayam,"Ahh mashithhaa~ [ Delicious ] " sambil mengambil tempat di sebelah Jonghyun.

Taemin keluar dari tandas dan cepat-cepat duduk di sebelah Key. Kecut perutnya melihat Onew memandang tajam. Mungkin masih menyimpan dendam terhadap Taemin.

"Nana ah, cakap 'aahh' !" Minho menyuapkan daging ke mulutku. Aku hanya mengunyah, sedap ! Kini giliran aku pula menyuap Minho. Kami tergelak kecil.


KEY POV

Tanpa aku sedar, aku hampir sahaja mematahkan chopstick. Sakit hati aku melihat kemesraan mereka berdua. Amboii, buat drama depan aku. Aku dapat rasakan Minho cuba merampas Nana dari aku. Ini tak boleh dibiarkan !

"Omma, kau boleh buat lebih bagus dari Minho hyung. You are her boyfriend, remember ?"Taemin berbisik. Aku tersengih nakal. Tanganku mula menyuapkan makanan kepada Nana, "Jagiyaa, biar oppa yang suapkan."

"Tak nak." 

Aku mencebik melihat Minho tergelak kecil. Nana ni saja nak malukan aku. Aku menjegilkan mata sambil menggerakkan bibir tanpa suara, mengatakan 'makan'. Nana mencebik lalu membuka mulut. Dengan gembiranya aku menyuap Nana dengan makanan yang aku masak. Memang suami mithali betul.

Nana mengunyah sebelum mengerutkan dahi. "Kau letak apa dalam makanan ni?"tanya Nana, mendatar tapi tegas. Dengan selamba aku menjawab,"Udanglah. Kenapa?"

Kemudian, Nana bangun sambil memandang tajam ke arah aku. Kenapa dengan dia ? Macam marah. Semua mata memandang ke arah Nana. 

"Apa? Aku alergi dengan udang ! Eee nanti aku akan.."Nana mula batuk tanpa henti. Aku panik. Aku ingin membantu tetapi dihalang Nana. 

"Jangan berani datang dekat." 

Berdesing telinga aku melihat amaran dia. Onew bukannya nak menolong, sibuk sangat makan ayam dia. "Abang, jom balik !" Nana menarik Onew tetapi Onew tidak berganjak. "Aku tak habis makan lagi."

Nana mencebik. Kalau aku berada di tempat dia, mungkin aku dah lempang Onew. Dia macam budak kecil. Nana masih lagi terbatuk. Melihat Nana membuatkan aku diburu perasaan bersalah. Kemudian, Nana mengambil pinggan yang berisi ayam,"Take it home."

Aku hanya menghantar mereka dengan anak mata. Tak tahu pula macam ini jadinya. Tadi ketika aku di dapur, aku sempat mengintai Nana di luar bersama Minho. Entah kenapa aku mula bersemangat untuk masak. Banyak yang aku masak. Tetapi Nana masih tak dapat terima aku. Malah dia semakin marah pada aku. 

Tiba-tiba, bahu aku seperti diusik. Aku memandang ke kanan. Tangan Minho. "Chill lah, hyung. " ujarnya sambil tersengih. Aku menepis tangannya sebelum memandangnya tajam. 

"Kau!"Jari telunjukku menuding ke arah Minho sebelum menyambung, "Kau suka dia kan?"

"Tak."

"Then kenapa kau mesra alam sangat dengan dia?"tanya aku. Taemin dan Jonghyun hanya mendengar pergaduhan kecil kami sambil makan. Haihh bukan nak menolong. 

"Err panjang ceritanya hyung."Minho seperti memberi alasan. Dia teragak-agak ingin memberitahu cerita dia yang 'panjang' tu. "Make it short."ujar aku. Aku masih lagi bertegas. 

"Aku .. sebenarnya, err sebenarnya aku ada bertaruh dengan kawan-kawan aku.. Aku harus buat dia jatuh cinta dengan aku. And as reward, mereka akan jadi hamba aku selama sebulan."jelasnya sambil tersengih. Aku menggenggam penumbuk aku erat. 

Taemin dan Jonghyun juga terkejut dengan penjelasan Minho. "Jadi, selama ni kau hanya permainkan dia?"marah aku seraya menarik kolar. "Aku beri amaran kepada kau dan simpan baik-baik dalam kepala. Jauhi Nana. Dia milik aku. "
« Past | New »