Sunday, June 10, 2012 ϟ 0 letters
KEY POVKami berjalan ke kelab fashion sambil berpegangan tangan. Nana tak habis-habis meronta tetapi tanganku begitu kejap. Ketika kami masuk, semua anak mata memandang ke arah kami. Ada juga yang berbisik sesama sendiri.
" Oppa ! Siapa perempuan tu ?! "
" Omg oppa, jangan terlalu dekat dengan perempuan tu ! Saya jealous. "
Dan pelbagai lagi yang dikatakan oleh mereka. Nana sudah menundukkan kepala. Malu dikatakan sebegitu. "Semua, diam." ujar aku dan seperti biasa mereka menurut arahan aku.
"Ini ialah naib presiden kita sekarang."pengunguman aku mengejutkan semua orang. Jelas dari riak wajah mereka, tak suka dengan keputusan aku. Nana hanya tersenyum dan memperkenalkan dirinya.
"Tetapi oppa, saya kan naib presiden."aku memalingkan muka ke arah Taeyeon. Dia berdiri, menunggu jawapan dari aku. Pandangan aku kembali ke arah kertas kedatangan "Sekarang dia."jawapku, tidak mengendahkan dia.
"Tetapi saya tak mahu dia menjadi naib presiden ! Tak kisahlah saya dilucutkan jawatan asalkan bukan perempuan ni ! Style pun entah apa-apa, nak jadi naib presiden. " bantah Taeyeon sambil tersenyum sinis memandang Nana.
Aku mendongak. Memandang wajah Taeyeon."Then kau boleh tukar kepada kelab lain. Senang kan ?" Taeyeon mencebik. Dia menghentakkan kakinya. Huh perangai macam budak kecil. Malas aku nak layan.
"Fine. Dia naib presiden baru kita."perlahan suaranya sambil memandang lantai. "Kalau macam tu, sila kembali ke tempat duduk kau." aku meletakkan kertas kedatangan di tepi.
Nana mengambil tempat di sebelah aku. Aku yang suruh sebenarnya, hehe.
Kemudian kami berbincang mengenai fashion terkini. Hyunseung, designer bagi kelab kami mencadangkan uniform baru untuk sekolah. Nana juga tidak lekang memberi idea. Boleh pakai juga otak nenek kebayan ni. Wajahnya begitu serius. Comel ^^
NANA POV
1 jam berlalu. Akhirnya perbincangan antara ahli kelab fashion berakhir. Penat aku perah otak, fikir mengenai uniform baru sekolah.
Sementara mereka sibuk menjerit-jerit nama Key, yeah peminat dia ramai, aku menyelinap keluar. Aku tak nak balik rumah dengan Key. Nanti kena buli lagi dengan aku. Benci !
"Yah,Nana!"
Terkejut aku. Suara itu memecah gegendang telinga aku. Lantas aku memandang ke belakang. Jonghyun rupanya. "Oppa ni menakutkan Nana ajelah." rajuk aku lalu memukul perlahan bahunya.
Dia tersengih. "Yeke ? Tak tahu pula. Mianhae. Tak sengaja."jelasnya sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal. Lol macam mana aku tahu tak gatal ?
"Gwanchana. Oppa nak apa panggil Nana ?"
"Ahh pasal tu. Kenapa Nana macam pencuri ? Kejap pandang kiri then pandang kanan. Kalau masa melintas, oppa fahamlah. Tapi ni tidak. Oppa tengok pun kelakar, haha" panjang jawapan Jonghyun.
Aku hanya senyum segaris, Menampakkan lesung pipitku. Dia tak tahu yang aku nak melarikan diri dari Key. Kalau Key ada, mesti dia selalu kenakan aku. Aku tak nak dimalukan oleh Key. Buat sakit hati !
"Minho ah! Sinilah !"ajakkan Jonghyun mencantas lamunan aku. Aku melonggarkan tanganku yang telah digenggam erat.
Dengan senyuman yang lebar, Minho mengatur langkah ke arah kami. Spontan aku menguntumkan senyuman. " Kenapa ?" Minho memandang Jonghyun.
"Jom balik sama-sama."Jonghyun mengajak Minho. "Jom !"aku mencelah. Sekurang-kurangnya aku ada teman untuk teman aku pulang.
Serentak anak mata mereka memandang aku kehairanan. "Macam mana dengan Key ? Korang kan selalu balik bersama." tanya Jonghyun hairan.
"Lupakan dia. Jomlah balik."selamba tanganku memeluk lengan Minho. Jonghyun hanya membuat muka tak kisah. Kaki aku dan Minho seiring. Seperti mengikut rentak yang sama.
"Yah, sampai hati korang tinggalkan aku !"rajuk Jonghyun sambil meletakkan tangannya di bahuku.Minho tergelak kecil. "Hyung yang jalan lambat. Memang padanlah kena tinggal.hehe" ujarnya.
Kami berjalan kaki ke rumah. Seronok aku melayan telatah mereka yang tak ubah seperti anak kecil. Muka matured tapi perangai .. Ish ish ish . Kepala aku digeleng. Eh ? Bukan aku pun macam tu ke ? Haha.
"Nana ah, nak dengar joke tak ? Ni oppa yang cipta sendiri. Hehehe" ujar Jonghyun tersengih. "Hyung, tolonglah jangan cerita. Malulah. T_________T" Minho merayu sambil buat muka comel. "Biarlah, Nana mesti suka. Tak macam korang, tak ada perasaan."Jonghyun membalas sambil mencebik.
"Kenapa, oppa ?" aku bisik dekat Minho. Minho memandang aku dan berbisik "Dengar sahajalah. Nanti Nana akan tau. " . Aku semakin tertanya-tanya dan tak sabar. "Cepatlah bagi tahu joke oppa ! Nak dengar."aku mendesak Jonghyun.
"Okay, apa yang pemandu traktor akan cakap kalau traktor dia hilang ?" Jonghyun cakap sambil tersengih. Aku terdiam. Otak blank. "Bagi tahu sahajalah, oppa." aku mendesak lagi. Jonghyun memadang Minho sekilas sebelum meneruskan. "Pemandu itu akan cakap, traktor aku hilang ! Hahahah. Lawak kan ? ".
Sengal betul Jonghyun ni. Ishh, aku tertipu. Tuh bukan joke but stupid question -,- t Nasib baik dia sunbae aku, kalau tak dah lama aku grab collar dia.
"Kan oppa dah bagi tau."Minho bisik dekat aku. Aku angguk sahaja. "Gelaklah . Kan kelakar tuh. "Jonghyun kata sambil LOL. Aku tak tahu hantu mana yang rasuk dia. Joke macam tuh pun boleh LOL ke ?
Aku juga ikut gelak. Gelak paksa. "Kelakarlah oppa. Damn funny."aku memandang Minho lalu membuat satu pusingan.
"See Minho ? Itu kelakar. Kau aje yang tak ada expression."ujar Jonghyun dalam sisa ketawa. Minho hanya mengangguk. Sabar dengan kerenah Jonghyun. Nama aje hyung, tapi otak udang.
Kemudian Minho seakan berbisik sesuatu dengan Jonghyun. Then aku nampak Jonghyun mengangguk. Aku hanya menerukan perjalanan sambil memandang bawah. Kekok apabila tidak diendahkan.
Kalau Key ada tak adalah aku kesunyian. Atleast kami bertengkar daripada aku dibiarkan forever alone. Spontan aku menyentuh lukaku. Aku kembali mengingatkan kejadian pagi tadi. Aku melepaskan keluhan berat.
"Nana ah, berangan sampai ke mana tu?"teguran itu meruntuhkan lamunanku. Terpinga-pinga aku. Tersengih aku melihat Jonghyun dan Minho berada di sisi.
"Paris. Teringin nak pergi sana."sengaja aku bergurau dengan mereka. Minho tergelak kecil.
"Sebenarnya tadi kitorang bincang sesuatu.Nana nak tengok tak tempat lepak Shinee?"pelawaan Jonghyun membuntangkan mataku. Shinee ada tempat rahsia ? Mesti seronok. Laju aku mengangguk sambil tersenyum lebar.
"Nak? Betul ke nak pergi?"
Pertanyaanku dijawab dengan anggukan mereka, serentak. Tiba-tiba aku rasa terharu.
**************


